|
Puisi
Mar 27, 2009 18:44:54 GMT 7
Post by zainaljiee on Mar 27, 2009 18:44:54 GMT 7
Kembangkan bakat anda ke dalam Wadah Bahasa dan Sastera (dalam Utusan Sarawak) dan Yang Indah Itu Bahasa (Utusan Borneo), Insya Allah, selain menempa nama, dapat honororium, dan boleh berdakwah melalui puisi..Cubalah cikgu Mariam..
|
|
|
Puisi
Mar 27, 2009 18:58:14 GMT 7
Post by mariam1980 on Mar 27, 2009 18:58:14 GMT 7
Ligat Mindaku melakar rasa Antara debu – debu resah dan aura rindu Di perbukitan qalbu Ingatan menerpa pada mereka nun jauh di ekor mata Bertali arus menikam tangkai hati pedihnya bagai dihiris selumbar
Hari berganti hari Sedar tak sedar, banyak waktu ku habiskan di sini Ku bersyukur Langkahku tetap jitu Meneruskan perjuangan…mendidik anak – anak bangsa Meniti puncak jaya Menjadi insan penuh iltizam
Namun Pernah sesekali aku bersungut Lelah dan lesu membakar saraf Sedetik… Kuingat pesan bapa… “ jangan begitu, dah namanya jadi cikgu..,“ ucap keramat seorang guru tua tamsilan murni firdausi dalam dirinya…
Kini, aku masih tega berdiri Ya… aku guru, masih guru dan selama-lamanya guru Di sini, di bumi makmur Tanjung Kembang, destinasiku.
Coretan tinta, Mariam A. 12 Jan. 2005
sajak ini tercoret utk dideklamasikan smpena phimpunan sekolah., baruk bbrp hari posting, dah dsuruh handle aktiviti bahasa utk slot pelajar., hah., ambik la sajak merapu., nmpk benar ayat2 belum puitis dan matang utk dtulis., sekian ;D
|
|
|
Puisi
Mar 27, 2009 19:00:55 GMT 7
Post by mariam1980 on Mar 27, 2009 19:00:55 GMT 7
Kembangkan bakat anda ke dalam Wadah Bahasa dan Sastera (dalam Utusan Sarawak) dan Yang Indah Itu Bahasa (Utusan Borneo), Insya Allah, selain menempa nama, dapat honororium, dan boleh berdakwah melalui puisi..Cubalah cikgu Mariam.. insyaAllah
|
|
|
Puisi
Mar 30, 2009 22:18:27 GMT 7
Post by ukhtihurairah on Mar 30, 2009 22:18:27 GMT 7
Kamek teringin nak belajar ilmu sajak dengan cikgu Zainal. Boleh kongsi ilmu kah, cikgu Zainal ?
|
|
|
Puisi
Mar 30, 2009 23:21:39 GMT 7
Post by zainaljiee on Mar 30, 2009 23:21:39 GMT 7
Boleh. Cuba buat apa saja sajak lok, kelak kamek ulas satu persatu.
|
|
|
Puisi
Mar 31, 2009 6:17:20 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Mar 31, 2009 6:17:20 GMT 7
kmk x pandey gilak berpuisi, just copy and paste jak tauk kamek. Tok puisi antara yg kamek suka ;D : AKU CEMBURU PADA MUJAHIDIN PALESTIN Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci Kamu terpilih mempertahan masjid suci Bau syurga dapat kau rasai Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup Mati syahid cita-cita tertinggi kamu Apakan daya aku hanya mampu berdoa Aku hanya mampu menghulurkan derma Aku sekadar mampu memboikot Jika kamu di ambang syurga Doakan kami dapat bersamamu Islam akan tetap terpelihara ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan Baik atau buruk, syurga atau neraka Sumber : HarakahDaily.Net p/s: cgu Zailnal, coba ktk ulas isi kandungan puisi tok. Syukran
|
|
|
Puisi
Mar 31, 2009 7:31:29 GMT 7
Post by zainaljiee on Mar 31, 2009 7:31:29 GMT 7
Sajak/puisi merupakan salah satu medium untuk seseorang individu/penyair meluahkan apa yang tersirat dalam hati dan fikirannya untuk dikongsi dengan para pendengar/pembaca. Istimewanya, dengan cara ini, sesuatu mesej disampaikan dengan penuh mendalam dalam bait-bait kata yang digunakan. Kerana itu pemilihan kata atau diksi dalam istilah sastera(puisi) amat penting sekali untuk menghasilkan sesebuah sajak yang baik dan berkesan. Ulasan ini saya hanya memfokuskan sebahagian kecil dalam sudut sajak iaitu dalam aspek gaya bahasa yang mengkhususkan DIKSI. Ramai penulis baru yang hendak berjinak-jinak dengan sajak tidak sedar betapa pentingnya diksi/pemilihan kata dalam penulisan sesebuah sajak. Kerana melalui diksi-diksi inilah maka para pembaca/pendengar dapat mengetahui mesej-mesej yang hendak disampaikan dan apa yang penting sekali ialah tema atau pokok persoalan utama yang hendak di ketengahkan oleh penulis sajak itu. Dalam sajak di atas, saya dapat mengesan tema/pokok persoalan yang hendak diketengahkan iaitu tentang perjuangan menuntut sesuatu hak ,yang jika dikecilkan lagi lebih kepada rasa terkilan penyajak kerana tidak mampu berjuang seperti saudara-saudaranya di Palestin yang sasarannya ialah mati syahid. Baik, bagaimana ia dapat dikesan melalui diksi. Apabila kita membicarakan tema tentang perjuangan, sudah pasti ada pemilihan kata-kata yang sesuai dengan sesebuah perjuangan. Contohnya: 1. Mujahidin (R1,B1) 2. Mempertahankan (R1,B2/ R1,B3) 3. Mati (R1,B5) 4. Mati syahid (R1,B6)
Kata-kata yang digunakan di atas memang menjurus kepada perjuangan. Sebuah perjuangan fisabilillah sudah pasti melahirkan golongan Mujahidin (pejuang agama), untuk mempertahankan kesucian Islam. Manakala kematian memang tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu perjuangan/peperangan. Begitu juga mati syahid yang memenag idaman para Mujahidin. Persoalannya, adakah bentuk perjuangan itu mesti dalam aksi pengangkatan senjata? Tidak semsetinya. Ikut kemampuan seseorang itu. Kerana itu, penyajak telah memilih diksi yang sesuai bagi mennggambar satu lagi bentuk perjuangan yang tidak memerlukan aksi pengangkatan senjata. Lihat contoh di bawah:
1. Berdoa (R2,B1) 2. Menghulurkan derma (R2,B2) 3. Memboikot (R2,B3) Kita sedia maklum bahawa doa merupakan senjata orang mukmin., bantuan ekonomi (derma) juga merupakan satu bentuk bantuan perjuangan. Malah dalam diri penderma itu sendiri sudah wujud pengorbanan iaitu sanggup korbankan harta yang amat disayangi dalam dunia ini. Rujk semula sejarah pengorbanan saidina Osman yang mengorbankan seluruh hartanya dalam salah satu siri peperangan Rasulullah hinggakan Umar al-Khattab amat mencemburui untuk berbuat demikian juga. Begitu juga dengan tindakan boikot, merupakan bentuk perjuangan baru pada zaman kini bagi melumpuhkan ekonomi pihak musuh. Jadi, inilah bentuk diksi yang memang sesuai dengan sajak perjuangan. Maka tidak sesuai pemilihan diksi jika ada unsur-unsur kata yang ironis dengan tema sajak perjuangan, contohnya kata 'ketawa', 'senang', 'malu' dan seumpamanya. Diharap penerangan kecil ini memberi sedikit input kepada kalian untuk berjinak dalam penulisan sajak. InsyaAllah, dilain masa akan disentuh skop-skop lain pula jika ada pertanyaan. Wallahualam..
|
|
|
Puisi
Mar 31, 2009 7:46:39 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Mar 31, 2009 7:46:39 GMT 7
Syukran di atas penerangan yang mendalam ini bagi saya yang tersangat daif dalam bab puisi dan sajak ini. Sungguhpun ada mempelajarinya semasa di tingkatan 6 dulu, tapi apakan daya, kepakaran dalam bab2 seperti ini amat lemah sekali. Minat terhadap seni lukisan pulak yang dapat dari berpuisi dan bersajak....
|
|
|
Puisi
Mar 31, 2009 7:58:24 GMT 7
Post by zainaljiee on Mar 31, 2009 7:58:24 GMT 7
Tak apa, kita dianugerahi Allah dengan bakat masing-masing. Hmm..tak salah gabungkan bakat seni lukis dengan seni puisi. Ramai penyajak tanahair menggabungkan dua elemen tersebut dalam perjuangan sastera mereka. Contohnya Abdul Ghafar Ibrahim (AGI)..
|
|
|
Puisi
Mar 31, 2009 8:00:08 GMT 7
Post by ukhtihurairah on Mar 31, 2009 8:00:08 GMT 7
Salam.Cikgu Zainal camney cara kitak latih student bersajak.boleh tukar-tukar pendapat?
|
|
|
Puisi
Mar 31, 2009 8:04:00 GMT 7
Post by zainaljiee on Mar 31, 2009 8:04:00 GMT 7
Latih sajak macamni maksud kitak. Melatih nulis sajakkah atau melatih mendeklamasikan sajak? sebab dua perkara ya berbeza. Ada penulis sajak, belum pasti pendeklamasi yang baik, begitu juga pendeklamasi tidak semestinya mampu tulis sajak..
|
|
|
Puisi
Mar 31, 2009 10:55:41 GMT 7
Post by ukhtihurairah on Mar 31, 2009 10:55:41 GMT 7
Latihan mendeklamasikan sajak.
|
|
|
Puisi
Mar 31, 2009 18:39:26 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Mar 31, 2009 18:39:26 GMT 7
kmk rasa, ya kenak polah secara praktikal, betul x cgu zainal?
p/s: perbetulkan saya jika silap
|
|
|
Puisi
Mar 31, 2009 19:35:30 GMT 7
Post by mariam1980 on Mar 31, 2009 19:35:30 GMT 7
Latih sajak macamni maksud kitak. Melatih nulis sajakkah atau melatih mendeklamasikan sajak? sebab dua perkara ya berbeza. Ada penulis sajak, belum pasti pendeklamasi yang baik, begitu juga pendeklamasi tidak semestinya mampu tulis sajak.. yup, betul tu cikgu jenal., contohnya A Samad Said., saya kagumi beliau kerana beliau hebat mnulis puisi, tp dari segi beliau mendeklamasi puisi, saya kurg tertarik apapun, itu pndgn peribadi saya saya masuk kumpulan yg ke-2 ;D minat itu timbul sejak sek.ren. sbb suka baca majalah dewan siswa ruangan puisi ;D
|
|
|
Puisi
Mar 31, 2009 20:27:55 GMT 7
Post by zainaljiee on Mar 31, 2009 20:27:55 GMT 7
Latihan mendeklamasikan sajak. sukar untuk saya nak menerangkannya dalam bentuk tulisan di sini kerana ia melibatkan tunjuk cara dan sebutan. Tapi tak apalah, kelak saya akan menerangkan secara ringkas dan mudah setakat yang saya mampu.
|
|