|
Post by ibnuhisyam on Mar 12, 2009 19:20:06 GMT 7
Lord Headley memeluk Islam Wednesday, 11 March 2009 Lord Headley atau Sir Rowland George Allanson dilahirkan pada tahun 1855. Beliau merupakan seorang tokoh dari Britain berkelulusan dari Cambridge. Beliau ialah seorang jurutera dan pernah menjawat jawatan Lieut. Colonel di Batalion ke-4 North Minister Fusiliers. Di samping itu beliau juga merupakan editor majalah ‘Salisbury Journal’ dan pengarang beberapa buku, yang paling terkenal yang bertajuk ‘A Western Awakening to Islam.’ Beliau menganut Islam pada 16 November, 1913 dengan mengambil nama Shaik Rahmatullah al-Farooq sebagai nama Islamnya. Lord Headley berasa pelik dengan usaha pendakyah Kristian yang berusaha untuk mengkristiankan orang-orang Islam kerana pada pengamatan beliau orang Islam ‘lebih kristian’ dari orang Kristian sendiri kerana orang Islamlah yang telah mengamalkan ajaran Nabi Isa yang sebenarnya. Beliau juga menganggap konsep Trinity (Tritunggal) sebagai konsep yang amat mengelirukan. sumber: al-qayyim.net/web/index.php?option=com_content&task=view&id=723&Itemid=65
|
|