Post by zainaljiee on Mar 13, 2009 8:18:57 GMT 7
Memilih pemimpin/ketua adalah termasuk dalam perkara yamng diwajibkan dalam Islam. Bahkan apabila kita nak bermusafir pun, jika lebih daripada sorang kena lantik ketua. Lazimnya antara kriteria nak pilih ketua/pemimpin ni antaranya ialah tua dari segi usia. Inilah yang jadi perbualan 3 ekor haiwan di bawah ni..
Suatu hari, tiga ekor haiwan iaitu kucing, katak dan unta sedang duduk berehat-rehat. Lalu katak pun memulakan perbualan. "Hmm..kita ni dah lama berkawan, eloklah kita lantik seorang ketua di kalangan kita. Orang tu biarlah lebih tua untuk dijadikan ketua." kata katak.
"Kalau macam tu, akulah jadi ketua sebab aku paling tua,"Kata kucing.
"Apa buktinya?" tanya katak.
Oleh kerana dia orang ni tak ada sijil lahir, maka petanda alam sebagai rekod tanda ketuaan mereka.
"Ini kerana, masa saya lahir dulu, bumi ni agak lembut, mudah pecah. Jadi aku terpaksa jalan pelahan-lahan dan tapak kakiku terpaksa dibalut dengan kulit yang lembut. Kuku pula terpaksa aku sembunyikan selalu, bimbang permukaan bumi ini pecah." kata kucing penuh bangga.
"Ah, itu belum cukup tua. Saya lagi tua daripada awak. Ini kerana, masa saya lahir dulu bumi ini sangat panas sebelum ia sejuk dan lembut. Dek kerana panas, saya terpaksa berjalan melompat-lompat.,"Kata katak pula.
"Kamu berdua belum cukup tua. Akulah yang paling tua. Ini kerana semasa emak saya melahirkan saya, bumi ni belum ada tanah lagi (tak wujud lagi), sebab tatkala emak saya meninggal selepas melahirkan saya, saya terpaksa memikul mayat emak saya kerana tak ada tempat nak dikebumikan. Itu sebablah bongkol di badan saya ni lekuk di bahagian tengahnya kerana lama memikul mayat emak saya." kata unta selamba.
"Wah, sahlah awak yang paling tua. Kita lantik tuan jadi ketua."kata katak.
"Aku setuju!" jawab kucing.
Nota : Nak jadi ketua pun janganlah berkempen "auta' macam unta tu..heheheh..Yang dua ekor lagi tu fikir masak-masak le kebenaran kempen tu..