Post by ibnuhisyam on Mar 14, 2009 9:23:40 GMT 7
Bahagian Tilawah Al-Quran
Topik
Surah Al-Fajr (Ayat 1 - 10)
Minta maaf paparan lebih dari ayat ke 10, Ustaz dan Ustazah boleh pause dan playback dari mula
Terjemahan ayat:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Demi waktu fajar;
[2] Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
[3] Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
[4] Dan malam, apabila ia berlalu;
[5] Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?
[6] (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)
[7] Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)
[8] Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?
[9] Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?
[10] Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?
Hasil Pembelajaran
Aras 1:
Murid dapat membaca ayat 1-10 dari surah Al-Fajr
dengan makhraj yang betul
Aras 2:

dengan betul dan fasih.
Aras 3:

dengan meraikan hukum tajwid
Intisari Kandungan;
1. Menegaskan bahawa Allah akan membinasakan orang-orang yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. seperti kaum-kaum yang terdahulu yang menentang Rasul-rasulNya pada zaman silam
2. Membawa gambaran bahawa kemewahan yang diberi oleh Allah kepada seseorang itu tidak bermaksud Allah memuliakannya; dan kesempitan yang Allah kurniakan kepada seseorang itu tidak bermakna Allah menghinanya.
Kerana kemuliaan sebenarnya ialah taufik dan hidayah yang diberikan Allah kepada seseorang untuk beriman dan beramal salih.
3. Surah ini juga menerangkan akibat buruk ke atas orang-orang yang tidak menghiraukan hari akhirat dan balasan yang baik kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih.
Penerapan Elemen
Kemahiran
-murid boleh membaca surah al fajr dengan betul
Penghayatan
- murid boleh mengetahui intisari kandungan surah Al Fajr
Untuk rujukan pengetahuan pendidik yang lanjut sila :
1. Tafsir Fi Zilalil Quran - 089 Surah Al-Fajr
images.umaralfateh.multiply.com/attachment/0/SCswPwoKCsEAABE@eUE1/089%20Surah%20Al-Fajr.pdf?nmid=96062902