|
Post by zainaljiee on Mar 15, 2009 23:08:50 GMT 7
Dalam bab munakahat, macam-macam permasalahan timbul yang memerlukan kebijaksanaan kadi untuk menyelesaikannya. macam-cama istilah yang wujud seperti 'cina buta', 'janda berhias', 'bunting pelamin', dan 'gila talak'. Apa pula kategori kes di bawah. Seorang lelaki menemui kadhi untuk mengemukakan hajatnya. "Ya syeikh, saya mahu berkahwin?" tanya lelaki itu. "Baguslah, teruskan niat suci anda itu." kata kadhi. "Tapi saya sudah ada 4 isteri!" kata lelaki itu lagi. "Masya Allah, hebatnya saudara..Kalau macam itu saudara tidak boleh kahwin lagi selagi salah seorang isteri saudara itu masih hidup atau tidak diceraikan,"jelas kadhi itu. "Baiklah. Saya balik dulu.Terima kasih." kata lelaki itu terus berlalu pulang. 4 bulan kemudian dia datang lagi. "Ya syeikh, saya mahu kahwin?" tanya lelaki itu. "Hmm..bukankah anda sudah ada 4 isteri." "Tidak syeikh, sekarang tinggal 3. Seorang saya sudah ceraikan 4 bulan yang lalu dengan talak 1." jelas lelaki itu lagi. "Baiklah..saudara boleh berkahwin. Err..dengan siapa saudara nak kahwin ni?" tanya kadhi itu lagi. "Dengan isteri yang saya dah ceraikan 4 bulan yang lalu!" kata lelaki itu penuh semangat. Kadhi Nota; Ni gila apa pulak..
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Mar 16, 2009 5:05:50 GMT 7
;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D Ini gila tahap dewataraya
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Apr 1, 2009 17:58:02 GMT 7
ni gila bin sewel namanya cgu Zainal ;D
|
|