|
Post by ibnuhisyam on Mar 18, 2009 6:16:34 GMT 7
Mari kita sama-sama himpunkan hadis-hadis palsu dengan niat supaya kita sama-sama dapat menghindari diri kita dari beramal dan menyampaikan hadis-hadis palsu. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya berdusta ke atasku bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain. Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka. (Sahih Bukhari & Muslim)
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Mar 19, 2009 5:18:46 GMT 7
Bersolat di sudut-sudut rumah
Al-Ghazali menyebutkan dalam kitab Al-'Ihya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Ertinya: Hai Abu Hurairah , bersolatlah di sudut - sudut rumahmu nescaya cahaya rumahmu di langit bagaikan bintang - bintang di sisi penduduk dunia.
Kata Al-'Iraqi : Hadith ini tiada asalnya
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 287
|
|