|
Post by gengcombat on Mar 22, 2009 7:09:27 GMT 7
Orang-orang yang bersedekah, malam dan siang, sembunyi atau diketahui orang, bagi mereka pahala, mereka tidak khuatir atau bersedih(dengan harta itu). - surah al-Baqorah:273
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Mar 22, 2009 7:25:58 GMT 7
|
|
|
Post by zainaljiee on Mar 22, 2009 8:06:19 GMT 7
Sedekah yang paling baik ialah sesuatu yang kita amat sayangi dan hargai. Di situ kita melakukan dua amalan iaitu bersedekah dan berkorban...(perlu mujahadah hati betul-betul)
|
|
|
Post by zainaljiee on Mar 22, 2009 8:16:02 GMT 7
Petikan Hadis: 1. "Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. Nabi s.a.w. bersabda: "Bersedekah secara sembunyi 'memadam' kemarahan Tuhan." -Riwayat al-Tabrani.
2. Daripada Abu Dzar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu menghina kebaikan sedikit pun, walau sekiranya sengkau bertemu dengan saudara engkau dengan wajah yang ceria." -Muslim
3. Daripada Salman bin Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturahim terdapat dua ganjaran iaitu pahala sedekah dan pahala menjalinkan hubungan silaturahim." -Tirmizi
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Mar 22, 2009 13:07:02 GMT 7
adakah sedekah dak Datuk n artis2 yang dipapar di TV ya sik dipakei? apa kategori sedekah macam ya?
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Mar 22, 2009 14:15:38 GMT 7
adakah sedekah dak Datuk n artis2 yang dipapar di TV ya sik dipakei? apa kategori sedekah macam ya? Wey, ruangan soal jawab lah
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 1, 2009 15:39:21 GMT 7
Setiap yang bernyawa akan mati. Siapa yang dijauhkan dari neraka dan dapat masuk syurga itulah orang yang berjaya, kehidupan dunia hanya tipudaya - Surah Ali Imran:185
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 8:30:53 GMT 7
Sedekahkanlah sebahagian dari hartamu yang elok-elok dan jangan kamu memilih yang buruk-buruk untuk disedekahkan, sedangkan kamu sendiri jelik terhadapnya - surah al-baqarah:267
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 8:32:24 GMT 7
Janganlah kebencian kamu terhadap seseorang itu menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka, berlaku adillah, ia lebih hampir kepada Taqwa - al-maidah:8
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 8:34:37 GMT 7
Sesiapa yang berpaling dari mengingatiKu, maka baginya kehidupan yang sempit(didunia) dan diakhirat kelak akan dihimpunkan dalam keadaan buta - surah Taha:124
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 8:36:51 GMT 7
Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKU, Aku tidak memohon rezeki dari mereka dan tak minta diberi makan - AzZariyat:56
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 8:40:48 GMT 7
Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan al-Quran, dan Kami jualah yang akan memeliharanya (dalam dada para huffaz sampai hari kiamat). - Al-Hijr:9
|
|
|
Post by ukhtihurairah on Apr 6, 2009 8:21:23 GMT 7
“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)
Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'
|
|
|
Post by ukhtihurairah on Apr 6, 2009 8:23:37 GMT 7
"Hai Adam, sesungguhnya iblis ini adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, sebab itu janganlah dibiarkan dia sampai mengeluarkan engkau berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka."
~ THAHA : 116 - 7
|
|