|
Post by dayangnoorasmah on Mar 22, 2009 13:38:41 GMT 7
Merujuk kepada satu hadith sahih dari Rasulullah s.a.w. " Ada 4 tahap dalam mendidik anak-anak iaitu " Dari bayi hingga ke usianya 7 tahunPada masa ini, anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibubapa. Mereka dibelai dengan penuh kasih sayang, diajak bermain, bergurau dan seumpamanya, dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Natijahnya agar anak sentiasa sedar dan fikir bahawa ibu bapa adalah rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi. Dari usia 8 hingga 14 tahunDalam pada anak diasuh dengan penuh kasih sayang, anak mesti dididik dengan penuh disiplin dan diajarkan tentang pengagihan tanggungjawab tak kira di rumah atau pun di sekolah. Dari usia 15 hingga 21 tahunKetika ini anak hendaklah didekati secara berkawan. Ibu bapa tidak lagi boleh marah-marah yang melampau pada anak kerana jiwa remaja mereka akan memberontak. Jangan sesekali mengherdik apalagi memukul anak-anak tersebut. Dari usia 21 ke atasBerikan kebebasan kepada anak dalam membuat keputusan sendiri atas apa yang ingin mereka kerjakan. Dalam pada itu, ibu bapa mesti sentiasa pantau, pesan, doa dan nasihat anak tersebut semoga hala tuju mereka betul. Bagi menambahkan pengetahuan anda dalam mendidik anak, anda juga boleh mendapatkan buku 21 kaedah untuk mendidik anak yang cemerlang dari Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah Mudah-mudahan kita akan dapat sama-sama melahirkan zuriat yang cemerlang untuk Agama, Bangsa dan Negara.
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Mar 22, 2009 14:23:33 GMT 7
Sapa mauk minjam book tuk boleh datang ke rumah
|
|
|
Post by ukhtihurairah on Mar 26, 2009 10:06:09 GMT 7
Buku yang amat berguna untuk golongan ibu bapa seperti saya.
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Mar 27, 2009 19:16:00 GMT 7
ya, benar.. ;D
|
|
|
Post by MEOR KAHARUDDIN on Mar 27, 2009 19:33:27 GMT 7
Saya rasa kena dapatkan satu buku ni. Dr Fadillah memang penceramah yang saya minati.
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Mar 31, 2009 15:22:21 GMT 7
bagus tu, di Kuching melambak sangat kedai buku yang menyenangkan kita untuk mencarinya ;D
|
|
|
Post by zainaljiee on Apr 6, 2009 23:28:26 GMT 7
Ada jumpa buku tu, tapi tak terbeli lagi. Insya Allah, kalau ada kesempatan nak beli juga.
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Apr 7, 2009 13:37:30 GMT 7
beli jgn x beli, bEst isi kandungannya.. ;D
|
|
|
Post by ukhtihurairah on Apr 7, 2009 14:16:08 GMT 7
Buku lain yang berkaitan : 1. Cara mudah memperkenalkan Bahasa Inggeris kepada anak Anda ( penulis: Mohd. Yusof Nordin) 2. Sentuhan Ibu Bapa.Anaku Bijak Belajar (penulis: Dr. Mohd. Shukri Abdullah) 3. 100 soal jawab psikologi anak (kompilasi buku prima) Antara buku yang saya miliki dan direkomenkan untuk membelinya jika berminat.
|
|
|
Post by zainaljiee on Apr 9, 2009 5:57:30 GMT 7
tengok tajuk memang bagus..Hmm..kena cari nantilah..
|
|