Post by dayangnoorasmah on Mar 22, 2009 13:53:58 GMT 7
* 5 ekor ikan kembung sederhana besar (disiang dan dibersihkan spt biasa)
* Bahan-bahan kisar:
* 25 biji cili kering (ikut kepedasan. Dikerat dan di rebus spt biasa)
* 4 biji bawang besar (kes malas nak kupas bawang kecik)
* 4 ulas bawang putih
* 1 1/2 inci halia
* 2 inci kunyit hidup
* 1/2 inci lengkuas
* Bahan direndam sebentar dan ditumbuk:
* 1/2 sudu teh jintan putih
* 1 1/2 sudu teh jintan manis
* 1 sudu teh lada hitam
* Bahan-bahan lain:
* 1/2 - 1 mangkuk kecik air asam jawa (ikut selera, nak masam@tak, nak pekat@cair air asam jawa tu, terpulang)
* 2 batang serai - diketuk
* 2 kuntum bunga kantan - dibelah 2@4
* 1 cekak daun kesom - diambil daunnya
* 2 biji tomato - dibelah 2@4
* Garam dan gula secukup rasa
* Minyak untuk menumis
* Kalo suke daun limo purut, bleh letak lam 2@3 helai
* Air secukupnya - ikut kesukaan, nak kuah pekat sikitkan air, begitulah sebaliknya.
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan serai. Tumis lagi, sehingga pecah minyak dan cili agak masak, bau mesti harum semerbak. Kacau jgn tak kacau nanti hangus.
3. Setelah itu, masukkan air asam jawa, kacau sebentar. Kemudian masukkan air, ikut selera nak pekat atau tak. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum. Biar menggelegak.
4. Bila kuah dah menggelegak@mendidih, masukkan ikan, garam dan gula, tunggu hingga ikan masak.
5. Akhir sekali, masukkan tomato dan daun limau purut. Perasakan, kemudian bolehlah tutupkan api.
lerr...jangan ler sampai meleleh ayaq lioq plak.... ;D