Post by dayangnoorasmah on Mar 24, 2009 15:11:26 GMT 7
01. Bila bertemu berilah salam.
02. Ketika cikgu memasuki kelas, bersedialah mata dan telinga kita untuk mendengar
apa yang cikgu ingin sampaikan.
03. Setiap yang cikgu ajar , dengarlah dengan penuh minat minat . Sekiranya tidak
minat , jangan mengganggu orang lain yang sedang belajar.
04. Duduklah dengan sopan dan tenang ketika cikgu mengajar. Sekiranya mengantuk
minta izin cikgu untuk mencuci muka. Jangan tunjukkan muka bosan ketika cikgu
mengajar.
05. Sekiranya ingin bertanya soalan, angkatlah tangan atau tunggu sehingga cikgu
memberi peluang untuk murid-murid bertanya.
06. Gunakan bahasa yang baik dan lembut ketika bercakap dengan cikgu. Cikgu
sentiasa bersedia membantu menyelesaikan sesuatu masalah murid.
07. Sekiranya cikgu memberikan teguran, terimalah dengan hati yang tenang. Malah
ucapkan terima kasih atas sikap prihatin mereka itu.
08. Sekiranya berhadapan dengan cikgu yang bersikap kasar dan keras, hendaklah
kamu sabar. Jangan dendam atau marah terhadap guru. membenci guru
akan menyebabkan kita susah mendapat ilmu dari mereka.
09. Merendah dirilah terhadap guru. Kita perlu merasakan sentiasa memerlukan guru
untuk memberikan tunjuk ajar kepada kita. Kata Imam Al Ghazali " Ilmu itu hanya
akan diperolehi dengan merendahkan diri dan memperhatikan.."
10. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan murid lain terganggu ketika guru
sedang mengajar ( misalnya bising ). contohilah akhlak Imam Syafie ketika belajar
di hadapan Imam Malik. Ketika beliau membuka halaman bukunya, beliau membuka
nya dengan perlahan-lahan ketika takut mengganggu gurunya.
11. Carilah kesempatan untuk berbuat baik kepada cikgu. Misalnya menyusun buku
untuk cikgu, menolong membawa begnya dan sebaginya.
12. Hargailah jasa cikgu setiap masa meskipun mereka sudah tidak mengajar kita lagi.
13. Berilah hadiah kepada cikgu pada masa yang sesuai, misalnya pada hari jadinya,
pada majlis perkahwinannya, pada masa dia bersalin , Hari Guru dan sebagainya.
14. Doakan cikgu semoga Allah SWT memanjangkan dan memberkati umur cikgu
supaya mereka dapat terus menyumbang bakti.
amin....