Post by ibnuhisyam on Mar 7, 2009 12:23:09 GMT 7
Paderi Sri Lanka Memeluk Islam
Saturday, 07 March 2009
Satu perkara yang amat ketara baginya ialah percanggahan dan kontradiksi yang begitu banyak terdapat di dalam Bible.
(Bekas Paderi George Antony selepas memeluk agama Islam. Nama Islam beliau ialah Abdul Rahman)
Nama Asal:
(Father) George Antony dilahirkan di Rathnapura, Sri Lanka.
Nama Islam:
Abdul Rahman.
Kedudukan Di Dalam Gereja:
Sebagai Paderi Katolik di Sri Lanka. Berkhidmat di Gereja Katumayaka, Sri Lanka. Telah mendapat 10 tahun latihan sebagai paderi.
Sekarang:
Sedang dibimbing di Kuwait.
Pengalaman Dan Perjalanan Menuju Islam:
Beliau telah mendapat latihan selama 10 tahun sebagai paderi dan amat mahir di dalam ilmu Bible. Namun satu perkara yang amat ketara baginya ialah percanggahan dan kontradiksi yang begitu banyak terdapat di dalam Bible.
Beliau juga mendapati bahawa Bible telah menceritakan tentang kedatangan Nabi Muhammad. Salah satu ayat yang menarik perhatian beliau ialah yang terdapat pada Esaiah 9:12 yang berbunyi: “ And the book is delivered to him that is not learned, saying, Read this, I pray thee: and he saith; I am not learned.” Ayat ini menceritakan tentang seorang lelaki yang tidak tahu membaca dan menulis yang didatangi oleh Jibrail dan disuruhnya membaca. Lelaki itu menjawab: “Aku tidak tahu membaca!” Baginya ayat ini jelas sedang menceritakan tentang Nabi Muhammad ketika Baginda sedang bertapa di Gua Hira.
Dakwaan bahawa Nabi Isa adalah anak tuhan tidak dapat diterima olehnya kerana Bible sendiri tidak pernah mengiktiraf sifat ketuhanan Nabi Isa. Beliau mengutarakan ayat Bible dalam Acts 2:22 yang berbunyi: “Ye men of Israel, hear these words, jesus of Nazareth, a man approved of God among you by miracles and wonders and signs, which God did by him in the midst of you, as ye yourself also know.” (Wahai keturunan Israel, dengarlah, jesus dari Nazreth, merupakan seorang lelaki yang dipilih Tuhan dari kalangan kamu dengan mukjizat dan tanda-tanda sepertimana yang kamu tahu.)
Beliau begitu pelik dengan pegangan-pegangan yang berbeza di dalam agama Kristian berkaitan dengan perkara-perkara penting lagi asas. Sebagai contohnya yang berkaitan dengan larangan daripada berkahwin ke atas paderi Katolik sedangkan paderi-paderi dari sekta (kumpulan) Kristian yang lain diizinkan unutk berkahwin.
Ucapan seorang bekas paderi Sri Lanka (Shareef D. Alwis) yang juga telah memeluk Islam telah memberi kesan kepadanya untuk mengikut jejak langkahnya memeluk Islam.
Sumber Rujukan:
IPC Overviews at Islamic Presentation Committee di www.islam.com.kw/3.htm#