|
Post by dayangnoorasmah on Mar 29, 2009 18:38:06 GMT 7
Aslmkm wbt, Err, ini Ibnu sebenarnya, terpaksa guna akaun isteri kerana akaun ana tersekat-sekat. Tujuan thread ini adalah kerana rasa terpanggil dengan luahan Cikgu Zul di engkabang.net , betapa tidak sensitifnya ana dengan kewujudan saudara baru di engkabang.net. Kalau kita baca rintihan beliau amat mengharukan forum.engkabang.net/index.php/topic,26046.msg206471.html#msg206471 , tetapi beliau sendiri yang melaluinya lebih lagi terasa. Ana memang ada terfikir mengenai saudara baru kita sebab itulah ana bukak Board Melangkah Ke Dalam Sinar ini. Dengan harapan saudara kita dapat berkongsi dan bertanya. Ana berharap rakan-rakan semua dapat mewar-warkan board ini untuk saudara-saudara kita di engkabang.net khususnya dan sesiapa sahaja secara amnya. Allah beri kita tanggungjawab, sebab itu mereka zahir di hadapan kita. Wallhu'alam
|
|
|
Post by haizan on Mar 30, 2009 6:51:42 GMT 7
Untuk saya dan rakan-rakan ...
Tidak ramai yang memahami keperluan muallaf, padahal sebagai Muslim baru, mereka memerlukan teman,teman berlindung dan juga pembimbing.Mereka memerlukan teman dan sahabat yang dapat memberikan dukungan moral.
Memahami mereka ni sebenarnya tak sukar, cuma kita sebagai Melayu-Islam, seharusnya belajar cara untuk memahami..Antara yang dapat dikongsikan:
1) Mereka ini golongan yang berhijrah- bertukar dari agama lama kepada agama baru dan budaya lama kepada budaya baru.Oleh itu, memang mereka akan mengalami kesukaran untuk berubah. Peranan kita sebagai orang Islam, membantu mereka, dan tidak memberi tekanan. Beri dorongan supaya mereka melakukan sesuatu perkara mengikut kemampuan kerana bukan mudah bagi mereka yang baru memeluk Islam untuk melakukan semua perkara.
2) Akidah mereka belum mantap – analoginya yang dapat disebut, boleh kita bayangkan kita bercakap dengan adik kita yang berumur 1 tahun tentang hukum meninggalkan solat? Agaknya mesti adik kita tak berminat..keadaan ini sama seperti golongan ini. Sebagai contoh berkenaan solat, apabila mereka baru belajar solat, jangan bebankan mereka dengan memberitahu hadis atau ayat Quran mengenai hukum meninggalkan solat. Sebaliknya, walaupun mereka hanya bersolat satu waktu,ucapkan tahniah atau puji mereka dengan mengatakan bagus, atau bercerita tentang keadaan orang Islam lain yang telah berumur 30 tahun tapi masih tak pernah solat satu waktu pun.Bimbinglah mereka supaya buat yang terbaik. Insyaallah, apabila akidah mereka sudah mantap, mereka dapat menjalankan syariat Islam dengan baik.
3) Tahu pendekatan yang betul untuk berdakwah- Kelemahan kita orang Melayu-Islam di Malaysia adalah kerana kekurangan pendakwah yang dapat menguasai bahasa asing dengan baik. Ini kerana, apabila kita menguasai bahasa asing dengan baik, penyampaian mengenai Islam akan lebih difahami dan jelas oleh golongan ini. Jika kita tidak mempunyai kemahiran ini, seharusnya kita gunakan bahasa yang lebih mudah dan jelas. Sebagai contoh peristiwa yang pernah berlaku di Malaysia, terdapat seorang ustaz yang mengajar saudara-saudara baru ni. Kata ustaz, “ murid-murid, hari ini ustaz nak terangkan tentang sifat 20, mula-mula, Allah itu Ada, lawannya tiada”..Bagi mendapatkan respond dari pelajarnya, ustaz itu bertanya kepada salah seorang mereka. Jawablah seorang pelajar itu, “ ustaz, saya faham sikit-sikit aje, mula-mula Allah Taala itu ada, lepas tu Dia lawan-lawan, Dia tiada. Ustaz, mana Allah Taala sudah pergi?”..Agaknya la, siapa yang harus dipersalahkan apabila golongan ini mendapat maklumat yang salah .
Antara cabaran-cabaran yang biasa dihadapi oleh golongan ini:
Sebelum Islam
1) tidak tahu bagaimana hendak memaklumkan kepada keluarga
Bagi golongan yang menghadapi masalah ini, kita seharusnya galakkan mereka supaya merahsiakan terlebih dahulu pengislaman mereka kerana majority keluarga mereka tidak dapat menerima. Untuk tujuan itu juga, kita dapat bahagikan mereka kepada dua kategori:
i- masih belajar dan memerlukan bantuan dan dorongan dari keluarga – golongan ini sepatutnya rahsiakan pengislaman mereka ii- telah bekerja dan hendak berkahwin – golongan ini digalakkan menggunakan orang tengah untuk menyampaikan berita pengislaman mereka. Sebagai contoh, beritahu kepada ibu saudara atau bapa saudara yang berfikiran terbuka, iaitu mereka yang dapat menerima berita pengislaman itu, minta tolong dari mereka untuk menyampaikan kepada keluarga,kerana kemungkinan berita yang disampaikan oleh mereka dapat diterima oleh ibu bapa golongan yang baru memeluk Islam tadi.
Ini merupakan langkah yang penting kerana bagi saudara baru, mereka masih baru dan mereka tidak tahan dengan cabaran dari keluarga. Terdapat kes di Malaysia yang berlaku di Klang, seorang wanita India yang baru memeluk Islam, tetapi telah diminta oleh pihak tertentu untuk memaklumkan pengislamannya kepada keluarga. Akibatnya, dia dipukul sehingga kepalanya pecah. Oleh itu, apabila kita diminta untuk merahsiakan pengislaman mereka, kita seharusnya amanah dengan rahsia tersebut agar mereka dapat menjalani fasa keislaman dengan sempurna.
2) tabiat lama
Sesetengah dari mereka mengalami tabiat lama yang sukar dibuang, seperti memakan khinzir, meminum arak dan berjudi. Bagaimana kah kita ingin menarik perhatian golongan ini, sedangkan bagi mereka, apabila sudah memeluk Islam, mereka tidak dibenarkan mengamalkan lagi tabiat ini? Bagi golongan ini, kita seharusnya mengajak terlebih dahulu mereka supaya memeluk Islam, jangan beritahu mereka terlalu awal pengharaman secara total, sebaliknya maklumkan tentang tabiat lama, akan dibincang kemudian tapi penting memeluk Islam terlebih dahulu.. Apabila mereka bersetuju, ajar lah mereka supaya mengenal Allah S.W.T, Nabi-nabi serta Islam. Insyaallah, apabila mereka sudah kenal, secara langsung mereka akan meninggalkan tabiat ini.
Semasa ingin memeluk Islam
1) Tidak tahu destinasi untuk dituju untuk memeluk Islam
Antara yang dapat dikongsikan ialah pengalaman brother Lim sendiri sewaktu beliau ingin memeluk agama Islam.
Menurutnya, dia mempunyai ramai kenalan Melayu tetapi kebanyakan mereka memang tidak berperanan membantu pengislamannya.Pernah sekali, dia menyuarakan hasratnya kepada salah seorang rakan yang dianggap paling baik dan digelar ‘haji’ oleh semua rakan-rakannya. Malangnya, ‘haji’ itu pun bersikap negatif dengan berkata, “ Lim, you ingat Islam tu, you suka-suka nak masuk dan kaluar ke? you balik la fikir 10 kali”. Keadaan ini berulang sehingga tiga kali walaupun beliau berulang-alik bertemu ‘haji’. Akhirnya menurut brother Lim, dia hampir putus asa dan berdoa pada tuhan, “ Ya Tuhan, jika Kau izinkan aku masuk Islam, tunjukkan aku jalan, kalau tidak, aku balik tidur aje..”.. Dengan kekuasaan Allah, sebelum tidur, Allah datangkan ilham padanya tentang servis operator iaitu 103. Dipendekkan cerita, operator tersebut pun memberinya nombor telefon pejabat agama sekitar Melaka. Dan alhamdulilah.. kebetulan tempat yang tepat yang didail oleh brother Lim.Lalu dia diminta untuk hadir ke sana. Setelah tiba hari yang ditunggu-tunggu, ketika ingin mengucapkan syahadah, pegawai agama yang bertanggungjawab mengucap syahadah dan meminta brother Lim untuk mengulangi syahadah tersebut. Namun demikian, pada hemat ana, seharusnya setiap pegawai agama yang bertanggungjawab membantu pengislaman golongan ini bersifat lebih telus, mengajar secara berhikmah agar mudah diikuti oleh golongan ini.Sebagai contoh, dengan kelajuan bacaan '80 km/jam', mustahil seseorang yang berbangsa selain Melayu dapat mengulangi syahadah itu dengan baik. Kebetulan pula,di waktu itu, terdapat 2 orang saksi turut menemani. Setiap kali brother Lim cuba mengucap, saksi tersebut akan mengatakan, “ tak sah”.. sambil mengetuk meja..Terdetik dalam fikiran brother Lim bahawa upacara masuk Islam ke, meja diketuk sambil cakap ‘tak sah’..Peristiwa itu berlaku selama 20 minit, dan berpuluh-puluh kali mengucap pun, perkataan ‘tak sah’ tetap diulangi saksi-saksi tersebut..Selepas hampir 30 minit, akhirnya, alhamdulilah brother Lim diterima sebagai Islam, tetapi bukan kerana dia dapat mengucap dengan baik, tetapi kerana kebanyakan mereka sudah penat.. Ini tidak seharusnya berlaku di dalam Islam, kerana tiap dari kita pun dituntut supaya mempermudahkan dan jangan susah-susahkan, berilah khabar gembira dan jangan khabarkan berita buruk..Itu apa yang berlaku di Melaka. Menurut brother Lim lagi,terdapat sesetengah negeri yang meminta surat pengesahan dari doktor menunjukkan bahawa mereka telah dikhatankan, sesetengah negeri pula mengadakan interview untuk menguji tahap kefahaman mereka tentang Islam, jika mereka gagal, mereka tidak akan diberikan kad Islam. Begini kah sikap kita sebagai Muslim, menyukarkan mereka untuk mengenal Islam dan mengaibkan mereka? Ajaran Islam sendiri tidak mengajar umatnya untuk berbuat demikian.
Selepas Islam
1) Tiada yang ingin mendidik
Kebanyakan dari kita selalu mengatakan tanggungjawab mendidik saudara baru merupakan tanggungjawab bersama, tetapi apabila kita diberikan tanggungjawab ini, tidak ramai yang sanggup..
2) Sikap Melayu-Islam
Di Malaysia, agama Islam telah di asimilasikan dengan budaya setempat, dan sebab itu juga lah Islam itu kelihatan hanya sesuai untuk orang Melayu. Sebagai contoh, dalam bab perkahwinan, Islam itu mudah, tetapi kerana pertembungan adat setempat, segalanya kelihatan sukar, bermula dari adat meminang sehinggalah walimah,ini termasuk lah hantaran dan adat bersanding..
Oleh yang demikian, sebagai Muslim, kita seharusnya mengubah tasawwur kita terhadap Islam, mewarisi Islam secara keturunan bukan lah bermakna kita bangsa terbaik, tetapi ia merupakan amanah yang harus kita pikul untuk menjaga agama serta berusaha memelihara akidah serta perilaku kita terhadap Islam.. wallahu a'lam. dipetik dan disunting : Wadah Islam
|
|
|
Post by haizan on Mar 30, 2009 6:54:38 GMT 7
Istilah "convert" tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada saudara baru. ada komen dari rakan-rakan???
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Mar 30, 2009 16:05:42 GMT 7
JazakAllah saudara Haizan, satu artikel yang boleh jadi rujukan dalam berdepan dengan isu ini.
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Mar 31, 2009 9:00:43 GMT 7
semuanya ada kebenarannya, yang penting istiqamah dan lembut kunci utama untuk mereka ini... ;D
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Mar 31, 2009 9:01:27 GMT 7
Istilah "convert" tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada saudara baru. ada komen dari rakan-rakan??? kenaklah cgu Haizan?
|
|
|
Post by haizan on Mar 31, 2009 10:49:58 GMT 7
Istilah "convert" tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada saudara baru. ada komen dari rakan-rakan??? kenaklah cgu Haizan? perkataan yang lebih tepat ‘revert’- kembali kepada asal, kerana memang setiap manusia itu lahir secara fitrah beragama Islam, cuma mereka mewarisi keturunan yang keluarga masing-masing. Jadi apabila mereka kembali kepada agama fitrah, term ‘revert’ adalah lebih tepat. Wallahualam... Rujukan : Wadah Islamiah
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Mar 31, 2009 10:52:55 GMT 7
perkataan yang lebih tepat ‘revert’- kembali kepada asal, kerana memang setiap manusia itu lahir secara fitrah beragama Islam, cuma mereka mewarisi keturunan yang keluarga masing-masing. Jadi apabila mereka kembali kepada agama fitrah, term ‘revert’ adalah lebih tepat. Wallahualam... Rujukan : Wadah Islamiah na'am... betul tu...;D..syuqran for the explanation ;D
|
|
|
Post by zainaljiee on Apr 4, 2009 6:54:33 GMT 7
Betul tu..Setiap bayi lahir dalam keadaan fitrah, ibu bapanyalah yang menjadikannya Majusi, nasrani, atau yahudi...Maka, jika dia memilih Islam dalam kehidupannya apabila dewasa sebenarnya dia telah kembali kepada fitrah asalnya...Wallahualam..
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Apr 4, 2009 14:36:28 GMT 7
Saudara baru yang memeluk Islam merupakan sinar baru dalam agama Islam kerana masih ada harapan baru untuk agama ini menyinar. Golongan mualaf harus diberi perhatian dan diberikan ilmu yang secukupnya untuk mereka membentuk diri mereka sebagai seorang Muslim yang sempurna. Tidak kira daripada mana datangnya hidayah mualaf ini, sepatutnya kita berbangga dan menghargai mereka dalam menguatkan umat Islam. Hidayah boleh datang dalam pelbagai bentuk yang ditetapkan oleh Allah.
dipetil dari : Darulbayan
|
|