|
Post by haizan on Apr 1, 2009 12:46:04 GMT 7
Diceritakan seorang lelaki badwi bernama Musa sedang berjalan-jalan dan terjumpa sebuah beg yang penuh dengan wang di dalamnya. Dia sangat gembira bercampur was-was. Setelah memastikan tiada orang yang melihatnya, dia pun mengambil beg tersebut. "Wang sebanyak ini susah nak dapat" fikir Musa sambir beredar dari situ. Dia terus berjalan untuk menghilangkan diri sehingga sampai di sebuah masjid dan ingin masuk ke dalamnya sekadar untuk menenangkan fikiran. Kebetulan di masjid itu ada seorang imam yang sedang membaca Al-Quran. Ketika Musa berada di pintu masjid,imam sedang membaca ayat "wamaa tilka biyaminika ya musa (Dan apakah yang ada di atangan kananmu itu wahai Musa?) Musa terkejut dan gugup.Dia ingat imam mengetahui bahawa dia sedang membawa wang tercicir milik orang lain.Ketika itu juga dia mencampakkan beg yang dipegangnya dan segera cabut lari kerana takut. "Agaknya tuan imam itu ahli nujum. Kalau tidak,darimana dia tahu"kata Musa.
*******tamat*********
... Allah maha mengetahui segala-galanya.
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Apr 1, 2009 12:48:38 GMT 7
hehehehehe Allah ator semua tu, kalau nama dia Harun tadi pasti dia akan betulkan Pak Imam tu
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Apr 1, 2009 17:56:34 GMT 7
kenak gik Harun ?
|
|