|
Post by mariam1980 on Apr 2, 2009 18:15:42 GMT 7
Satu daripada manifestasi iman yang penting ialah menjauhi dosa-dosa. Ia lambang kekukuhan iman. "Jauhilah perbuatan haram nescaya kamu menjadi orang yang paling kuat beribadah." (Hadis - Abu Ya'la)
Dalam beribadah, meninggalkan dosa (manhiyyat) adalah amal yang paling utama. Inilah perkara yang amat ditekankan oleh ulama-ulama.
Imam Hasan al-Basri pula telah berkata: "Ibadah yang paling utama dilakukan oleh seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah."
Biasanya, suruhan agama lebih mudah dilakukan daripada meninggalkan larangannya. Justeru itu kita mudah bertemu dengan orang yang berpuasa tetapi masih bermaksiat. Mampu mengeluarkan sedekah dalam perjalanan ke kasino untuk memuaskan nafsu. Bersembahyang tetapi rajin mengumpat atau tidak menutup aurat. Sentiasa memegang tasbih untuk berzikir tetapi mengabaikan pembayaran hutang kepada orang lain.
Orang yang mantap kefahamannya tentang agama mengetahui bahawa meninggalkan kemungkaran dan dosa, walaupun nampaknya kecil, teramat penting dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah.
Maimun ibn Mahran telah berkata: "Berzikrullah dengan lisan adalah baik, tetapi yang lebih baik ialah mengingati Allah dengan menghindari perbuatan maksiat."
Berkata Imam Sufyan at-Thauri: "Barangsiapa membelanjakan wang haram utk mentaati Allah, perbuatannya adalah seperti seseorang yang cuba membersihkan kain yang bernajis dengan menggunakan air kencing."
wallahu'alam
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Apr 4, 2009 6:33:14 GMT 7
Termasuk juga perkara yang sia-sia, tapi kamek tok banyak juak perkara yang sik di sukai oleh Allah di polah......bila lah lagik nok amal agama sempurna?
|
|
|
Post by mariam1980 on Apr 6, 2009 19:59:13 GMT 7
ermm., sik ada kita yg terlalu perfect cikgu hisyam., kdg2 kita sik sedar koh molah sstu yg Allah sik suka doa byk2 lah kita cikgu hisyam., tepuk dada tanya iman
|
|
|
Post by zainaljiee on Apr 6, 2009 23:40:54 GMT 7
Lantaran kealpaaan, kelemahan dan kejahilan kita maka perlunya kita berlapang dada apabila seseorang memberi teguran dan nasihat kepada kita, kerana sesungguhnya seseorang itu berbuat demikian kerana tuntutan perintah Allah (maksud): "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." (az-Zaariyaat:55) Begitu juga kita, perlu menegur dan memberi peringatan kepada seseorang jika kita mendapati dirinya perlu ditegur juga demi kebaikan bersama.
Nota: tegur dan nasihatlah saya andai ada kelemahan yang telah saya buat sepanjang bertajdid di sini...
|
|
|
Post by mariam1980 on Apr 7, 2009 18:02:25 GMT 7
insyaAllah, sama2lah kita cikgu jenal
|
|