|
Post by mariam1980 on Apr 9, 2009 14:19:23 GMT 7
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata., "setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu tak kira masih hidup @ telah tiada, nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith: *jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa baik yang masih hidup mahu pun yang sudah tiada. *Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah. *Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah. *Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita, berdoa perlu benar2 & bersungguh2. *Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.
Kesimpulannya:
*Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari. *Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala ni'mat yang kita dapat dari Allah contohnya makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..
wallahu'alam.,
Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.
|
|
|
Post by haizan on Apr 9, 2009 21:55:57 GMT 7
Dari sahabat Anas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda : Ertinya;
"Sesiapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim."
Dalam ayat-ayat Al-Quran atau hadis-hadis Rasulullah, dianjurkan untuk menyambung tali silaturahim. Dalam silaturahim, yang mesti didahulukan silaturahim kepada kedua-dua ibu bapa sebelum kepada yang lain. Sesukar manapun keadaan kita, kita mesti tetap berusaha sekuat tenaga untuk bersilaturahim kepada kedua ibu bapa kita.
Sumber : Petua Untuk Anak - Perisai Derhaka (Abdur Rahman Syarif)
|
|
|
Post by mariam1980 on Apr 13, 2009 7:17:36 GMT 7
bagus post ya cikgu haizan syukran owh
|
|
|
Post by zainaljiee on Apr 13, 2009 9:02:38 GMT 7
Sekadar perkongsian bahan bacaan dan ilmu:
Doa Agar beroleh Rezeki:
Baca Firman Allah ayat 6 surah Hud: (Maksud): "Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dam mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."
(semak al-Quran untuk bacaan yang tepat)
Menurut sebuah hadis riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi daripada Zaid bin Aslam r.a., beberapa orang sahabat Nabi daripada keluarga al-Asy'ariyyin yang baru sampai daripada perjalanan berhijrah merasa lapar. Mereka telah mengutuskan seorang dari kalangan mereka untuk mendapatkan makanan daripada Nabi s.a.w.. Apabila wakil mereka sampai ke rumah Nabi, beliau mendengar Nabi s.a.w. sedang membacakan ayat ini. Rasa yakin akan rezeki Allah menerusi ayat yang dibacakan Nabi itu menyebabkannya pulang semula tanpa meminta. Sesampainya kepada sahabat-sahabat seperjuangannya, dia terus memaklumkan bahawa rezeki Allah akan sampai kepada mereka. Mereka menyangka beliau telah membuat permintaan kepada Nabi s.a.w.. Tiba-tiba datanglah dua orang lelaki membawa roti dan daging untuk mereka. Walaupun mereka telah menikmati sepuas-puasnya, namun masih banyak yang tinggal. Mereka akhirnya meminta agar dibawa pulang kepada Nabi untuk diagih-agihkan kepada orang lain. Selepas itu mereka berjumpa dengan Nabi dan mengucapkan terima kasih atas hidangan lazat yang dihantarnya. Nabi menafikan penghantaran makanan itu.Sahabat yang berkenaan itu akhirnya telah membuat pengakuan tidak meminta daripada Nabi s.a.w.. Nabi s.aw. kemudiannya mengatakan itulah dia rezeki yang Allah janjikan buat makhluk-Nya. (Tafsir al-Qurtubi, al-Durrul Manthur, tafsir ayat ke 6, syrah Hud)
Khasiat dan kaifiat Beramal: Amalkan membaca ayat ini dengan penuh keyakinan akan bantuan Allah. Mintalah rezeki daripada-Nya. Dia berkuasa memberikan kurnia-Nya yang melimpah ruah.
*Dipetik daripada buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam al-Quran Khasiat & Kaifiat Beramal, Ustaz Hj. Zahazan Mohamed., Telaga Biru, 2006.
|
|