|
Post by mariam1980 on Apr 15, 2009 22:19:14 GMT 7
Mandian garam bukan sahaja baik untuk tubuh, bahkan ia juga baik untuk minda. Mandian ini membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan menjadikan anda lebih tenang. Walaupun hanya memasukkan garam dalam air mandian, ia sebenarnya mengurangkan rasa sakit pada tubuh, memulihkan kerosakan kulit dan secara tidak langsung, "mencuci" tekanan agar berlalu pergi dari minda anda. Cuma penuhkan air suam dan masukkan sedikit garam mandian ke dalamnya. Selain kebaikan di atas, mandian garam juga merangsang peredaran darah, mengurangkan bengkak dan kesakitan akibat arthritis.
|
|