Post by ukhtihurairah on May 4, 2009 10:24:32 GMT 7
Manusia yang didoakan oleh malaikat
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang
ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang
didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan
bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan
sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan
antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba
yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka
mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang
dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan
syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka
selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa', ayat
26-28)
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan
saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
*Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:*
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,
malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga
malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam
keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At
Targhib wat Tarhib I/37)
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk
menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan
malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah
ia.'" (Sahih Muslim no. 469)* *
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan
malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis
ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan
kekosongan di dalam saf).
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim
meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda,
maksudnya: "Sesungguhnya
Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung
saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At
Targhib wat Tarhib I/272)
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca
al-Fatihah.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim
waladh dhaalinn'...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka
ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan
dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih
Bukhari no. 782)
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda, maksudnya: "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu
antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan
solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah
ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir
menshahihkan hadis ini)
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda
maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat
(yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari
hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang
ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan
malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya
kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab:
'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan
mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari
kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad
Syakir)
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah
SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan
tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.
Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali
dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata
'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim
no. 2733)
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi
harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu
antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang
berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang
pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
10. Orang yang sedang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar
r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan
kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis
ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib
I/519)
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali
Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya
di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad
no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")
12. *Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. *
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah
bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian.
Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya
dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan
kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At
Tirmidzi II/343)
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.