|
Masjid
May 12, 2009 10:32:37 GMT 7
Post by moqjull on May 12, 2009 10:32:37 GMT 7
MASJID Rumah Allah dan tempat umat Islam menunaikan sembahyang (solat) serta melaksanakan beberapa fungsi lain selaras serta sesuai dengan martabatnya yang mulia disisi Allah.
PENTADBIR MASJID Hanya orang-orang yang layak (menghidupkan) Masjid Allah (Rumah Allah) itu ialah orang-orang yang beriman kepada Nya dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang (Solat) serta tidak takut melainkan kepada Allah (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk
(Surat At Taubah: 18)
KUALITI PENTADBIR MASJID
Ciri-ciri penting yang menjurus kearah kepimpinan yang berkualiti adalah:
· Konsisten didalam segala bentuk tindakan
· Memperjelaskan kejujuran dan integriti
· Memperlihatkan keikhlasan
· Bersikap telus dan akur kepada kebenaran
· Menegahkan kebatilah
· Peka kepada amar makruf nahi mungkar
· Mengelakan perpecahan ummah
· Kreativiti dan inovasi yang cemerlang
· Mengambil tindakan dengan mengikut peraturan yang digariskan
· Mengelakan daripada terlibat menggugat keselamatan negara.
· Menyiasat semua aduan dengan professional mengikut lunas- lunas undang-undang.
· Menjaga tatasusila peribadi, keluarga dan masyarakat setempat
· Keperibadian dan ukhwah yang tinggi
|
|