Post by zainaljiee on Mar 10, 2009 21:50:57 GMT 7
Setiap nama tempat ada asal usul ceritanya. Contohnya Melaka, di ambil sempena pokok Melaka. Ada cerita di sebalik penubuhan Melaka itu. Ada yang dicatat faktanya dan ada faktanya digelapkan agar tidak diketahui umum. Namun, saya telah menemui satu fakta tentang penubuhan Melaka yang tidak dicatatkan dalam buku sejarah negara kita. Baca fakta di bawah.
Arakian, maka Parameswara dan bala tenteranya pun pergilah berburu di dalam hutan. Telah sekian lama, maka tiadalah ia beroleh akan binatang buruan. Lalu ia menitahkan agar sekalian menteri dan tenteranya berehat barang sebentar di bawah sepohon pokok. Tatkala mereka sedang berenak-enak melepaskan lelah, maka sekali peristiwa muncullah seekor pelanduk putih yang besarnya sebesar kijang lalu menendang akan anjing buruan Parameswara jatuh ke dalam sungai. Lalu kemudian daripada itu bertitahlah Parameswara,
"Memanda menteri sekalian, tidakkah kalian melihat akan perihal pelanduk putih itu tadi."
"Ampun tuanku, patik sekalian ada melihatnya."
"Hmm..bagus juga tempat ini dibuat negeri."
"Ampun Tuanku."
"Apakah nama akan pokok tempat beta berteduh ini"
"Jikalau tiada khilaf akan patik maka pokok Melaka namanya tuanku, ampun tuanku." sembah akan memanda menteri.
"Jikalau begitu, baik beta beri nama tempat ini Melaka jua." titah Parameswara.
"Ampun tuanku, mohon tidak diperkenankan." sembah memanda menterinya.
"Apa? Kalian mahu menderhaka kepada betakah?" murka Parameswara.
"Tidak tuanku, patik risau takut-takut penubuhan sesebuah kerajaan nanti tidak sah di belakang hari disebabkan keputusannya dibuat dalam sidang di bawah pokok tuanku, ampun tuanku.."sembah memanda menteri yang tua lagi jauh pandangan tembusnya itu..