laiey
Martabat 1
Posts: 8
|
Post by laiey on Mar 6, 2009 15:54:47 GMT 7
Hadith : Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:”Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.” (al-Bukhari)
Huraian Solat adalah perkara yang diwajibkan dalam Islam malah ia termasuk dalam salah satu daripada rukun Islam yang lima. Dari sudut pelaksanaan solat, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan solat kecuali mereka yang menghadapi suasana darurat yang membolehkan ia berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan Nabi s.a.w dan umat Islam Madinah ketika berlaku peperangan Khandak yang sungguh sengit di mana pihak musuh telah mengepung Kota Madinah. Demi menjaga keselamatan mereka terpaksa menunda solat Asar hingga ke waktu Maghrib.
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Mar 6, 2009 17:40:33 GMT 7
JazakAllah , kerana berkongsi harta yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. di sini dan juga menjadi orang yang pertama untuk post di ruangan ini
|
|