laiey
Martabat 1
Posts: 8
|
Post by laiey on Mar 6, 2009 16:22:52 GMT 7
ada saya terbaca somewhere lepas bangun tidur kena basuh tangan, sebab takut terpegang najis, betul ke?
sebab ada terbaca air liur basi dianggap najis. yang perempuan mungkin sebab takut tersentuh darah haid tanpa sedar etc
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Mar 9, 2009 7:36:46 GMT 7
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد Apa yang dibaca oleh saudara itu sebenarnya adalah suruhan Rasulullah saw sebagaimana dalam sebuah hadis oleh Abu Hurairah r.a : وإذا استيقظ أحدكم من نومه فليغسل يديه قبل أن يدخلهما في الإناء ثــلاثا ، فــإن أحــدكم لا يــدري أين بــاتت يــده “Dan apabila seseorang bangun daripada tidurnya , hendaklah ianya membasuh kedua tangannya 3 kali sebelum ia memasukkannya (tangan) ke dalam bekas yang berisi air (kolam).Kerana sesungguhnya , ia tidak tahu dimana tangannya berada (semasa tidur).” [Hadis Muttafaqun ‘Alaihi , Bukhari : 162 dan Muslim : 278] Hadis di atas menyebutkan tentang suruhan membasuh tangan sebelum memasukkannya ke dalam kolam atau apa sahaja bekas yang mengandungi air atau memegang apa sahaja benda-benda yang basah.[Taisir al-‘Allam syarh ‘Umdatul Ahkam , m/s : 20] Illahnya ialah sebagaimana yang diterangkan dalam hadis tersebut bahawa seseorang yang tidur tidak tahu dimana kedudukan tangannya. Tambahan pula tidur diwaktu malam tempohnya adalah lama dan berkemungkinan besar ia akan menyentuh benda-benda yang kotor dan sebagainya. Walaubagaimana pun suruhan tersebut bukanlah suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan.Ini kerana menurut Jumhur Ulama , hukumnya adalah sunat dan suatu perkara yang disukai.Manakala pendapat yang masyhur disisi Imam Ahmad ialah wajib membasuh kedua tangan selepas bangun tidur , berdalilkan zahir hadis di atas. sumber: al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=37804
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Mar 9, 2009 7:39:13 GMT 7
Errr, saudara laiey soalan anta ni sebijik macam soalan kat al-ahkam, tuan selalu kat sana ke?
|
|
Djah
Martabat 1
'Berseru-seru ke arah kebaikan, beringat-ingat ke arah kemungkaran'
Posts: 24
|
Post by Djah on Mar 9, 2009 15:44:40 GMT 7
terima kasih atas maklumat yang telah diberikan... hadis tersebut mempunyai rasionalnya... dikhuatiri kita akan makan dengan tangan yang kotor (kuman, pencemaran makanan) dsbnya... memang sudah menjadi kebiasaan kita, setiap kali bangun dari tidur, kita akan mencuci muka ( pungas- bahasa kampung) dan dari segi logiknya, tangan kita pun akan dibasuh sama... jadi secara tidak langsung kita juga mengamalkan suruhan Rasulullah di dalam hadis tersebut...
|
|
Djah
Martabat 1
'Berseru-seru ke arah kebaikan, beringat-ingat ke arah kemungkaran'
Posts: 24
|
Post by Djah on Mar 9, 2009 15:50:41 GMT 7
owh ya... saya ingin kongsikan adab tentang bangun dari tidur ini yang saya ketahui semasa zaman persekolahan iaitu; elakkan melihat muka di dalam cermin sebelum mencuci muka dikhuatiri 'nur' muka kita akan hilang... dan semasa mencuci muka, hendaklah berselawat 3 kali untuk mengembalikan dan menyemarakkan 'nur' muka kita.. cara sapuannya pula ialah seperti kita mengambil wuduk di muka...
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Mar 9, 2009 16:14:44 GMT 7
owh ya... saya ingin kongsikan adab tentang bangun dari tidur ini yang saya ketahui semasa zaman persekolahan iaitu; elakkan melihat muka di dalam cermin sebelum mencuci muka dikhuatiri 'nur' muka kita akan hilang... dan semasa mencuci muka, hendaklah berselawat 3 kali untuk mengembalikan dan menyemarakkan 'nur' muka kita.. cara sapuannya pula ialah seperti kita mengambil wuduk di muka... JazakAllah Djah , boleh tak saudari sertakan sumbernya, supaya tenang dan lebih meyakinkan untuk kita semua amalkan.
|
|
Djah
Martabat 1
'Berseru-seru ke arah kebaikan, beringat-ingat ke arah kemungkaran'
Posts: 24
|
Post by Djah on Mar 9, 2009 16:38:09 GMT 7
hmm.. seribu kemaafan dipinta sebab ini saya ketahui semasa waktu persekolahan saya.. Saya pun kurang ingat dari mana sumbernya... pengetahuan ini disampaikan oleh senior semasa kuliah maghrib di sekolah dulu-dulu....
diharap ahli forum yang lain dapat membantu.
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Mar 9, 2009 16:42:40 GMT 7
Ya kita tunggu yang lain
|
|
|
Post by zainaljiee on Mar 9, 2009 17:44:50 GMT 7
Jangan lupa pula baca doa sebelum dan ketika bangun tidur...(yang ini paling popular diamalkan)
|
|
|
Post by yongn35 on Mar 31, 2009 23:44:00 GMT 7
doa bangun tidur
'Alhamdulillah hillazi ahyana ba'dama a'matana wa ilai hin nusyur'
|
|