|
Post by zainaljiee on Mar 15, 2009 13:30:24 GMT 7
Bercakap jujur adalah amat dituntut dalam percakapan dan tindakan seharian kita. Bagaimana pula dengan kes di bawah:
Seorang pemuda telah keputusan perbelanjaan di bandar. Perutnya terasa lapar. 2 hari dia bergelandangan di bandar itu tanpa menjamah sebutir makanan pun. Ini membuatkan dirinya pada hari itu untuk nekad merompak sebuah kedai. Dia telah masuk ke sebuah kedai runcit yang ramai pelanggan. "Ya, encik mahu beli apa?" tanya tauke kedai itu. "Saya tidak membeli apa-apa. Tetapi saya jujur memberitahu anda bahawa saya ingin merompak anda." kata lelaki itu. Wajahnya agak pucat dan letih tidak terusrus. "Haha..anda melucukan. Cakaplah, anda mahu beli apa?" tanya tuan kedai itu lagi. "Secara jujur saya ingin merompak anda.!" bentak lelaki itu. "Oo..mengerikan sikap anda..Tak apa, awak ambil wang RM50.00 ini dan pergi dari sini. Saya tidak mahu melayan orang gila seperti anda. banyak pelanggan yang hendak saya uruskan sekarang."Kata tauke itu selamba sambil menghulurkan wang RM50.00 kepada pemuda itu. Pemuda itu menyambut wang itu dengan mata yang terkebil-kebil. "Hmm..cukup untuk buat tambang pulang."bisik hatinya.
Nota: persoalannya, adakah wang itu hasil rompakan atau wang sedekah? Buat buat belanja tak? ;D ;D ;D
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Mar 15, 2009 17:51:28 GMT 7
Ye lah, macam mana?
|
|