Post by ibnuhisyam on Mar 22, 2009 6:26:31 GMT 7
Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith
Nabi kita Muhammad s.a.w. adalah merupakan semulia-mulia makhluk dan semulia-mulia Rasul yang diutuskan Allah taala ke muka bumi ini. Antara sebab kemulian Nabi s.a.w. keatas sekalian nabi serta rasul adalah kerana al-Quran yang diturunkan Allah taala kepadanya dan juga ilmu hadith yang merupakan wahyu daripadaNya Yang Esa. Kerana itulah Allah taala memberikan kemulian dan kebaikan yang banyak kepada umat Nabi s.a.w. berdasarkan kepada sejauh mana mereka mendalami ilmu al-Quran dan hadith. Rasulullah s.a.w. bersabda,
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan yang besar untuknya dia akan memberinya kefahaman yang mendalam di dalam agama”[1].
Di tempat yang lain Baginda s.a.w. bersabda,
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ
Daripada Abu Umamah al-Bahili katanya, disebutkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang dua orang. Salah satunya adalah ahli ibadat dan seorang lagi adalah ahli ilmu lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kelebihan ahli ilmu ke atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku keatas yang paling rendah dari kalangan kamu”[2].
Ini adalah dua contoh dari begitu banyak hadith Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan tentang kelebihan ahli ilmu terutamanya ilmu agama. Untuk memahami ilmu yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. tersebut maka semestinya mempunyai peralatan untuk menguasainya. Kerana itulah setengah ulama membahagikan ilmu itu kepada dua bahagian. Pertama ilmul mabadi’ iaitu ilmu asas dan kedua ilmu maqasid iaitu ilmu yang dimaksudkan atau yang menjadi matlamat daripada mempelajari ilmu yang pertama. Seseorang itu tidak akan dapat menguasai ilmu yang kedua selagimana dia tidak menguasai ilmu pertama. Ini kerana ilmu pertama terutamanya ilmu nahu adalah merupakan mukaddimah kepada suatu yang wajib sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Abdis Salam di akhir kitab Qawa’idnya iaitu, “sesungguhnya menyibukkan diri dengan ilmu nahu yang dapat ditegakkan kalamullah dengannya dan kalam Rasulnya s.a.w. adalah merupakan pendahuluan kepada suatu yang wajib, kerana memelihara syariat itu adalah suatu yang wajib yang mana ianya tidak dapat dielakkan kecuali dengannya (ilmu nahu)”[3].
Ilmu pertama iaitu ilmu mabadi’ adalah ilmu-ilmu asas di dalam ilmu agama yang terdiri daripada ilmu bahasa seperti nahu, saraf, I’rab, balaghah dan sebagainya, ilmu ‘aqli seperti mantiq, ilmu usul seperti usul fiqh, usul tafsir, usul hadith dan sebagainya. Manakala ilmu kedua pula iaitu ilmu maqasid adalah ilmu yang merupakan matlamat dari ilmu pertama iaitu ilmu-ilmu yang terdiri dari ilmu tauhid, hukum-hukum, masalah-masalah yang disimpulkan dari al-Quran dan hadith Rasul. Dan semuanya adalah merujuk kepada untuk memahami isi kandungan al-Quran dan hadith. Namun begitu bagi orang yang hanyalah mahu menjadikan pembacaan sunnah nabawiyyah, kehidupan bersama khabar-khabar nabawi sebagai pemenuh hari-harinya, sudah menjadi suatu yang mulia dengan adat dan kebiasaan tersebut walaupun tanpa menguasai kedua-dua ilmu tersebut. Tetapi bagi orang yang mahu mengkhususkan dirinya untuk ilmu sunnah nabawiyyah ini, mengeluarkan kesimpulan ataupun fatwa daripada kalam Allah serta Rasul kepada awam, mengajar dan sebagainya sangatlah tercela kalaulah tidak dapat menguasai kedua-dua bidang ilmu tersebut.
1: Kepentingan ilmu alat dan kesan jika tidak menguasainya.
Sebagaimana yang telah dikemukakan di atas, untuk memahami hadith serta al-quran seseorang itu mestilah mempelajari serta menguasai ilmu-ilmu asas terutamanya berkenaan kaedah bahasa arab. Kerana itu ulama-ulama Islam selalu memperkatakan tentang keperluan dan kepentingan tersebut. Di sini akan dikemukakan sebahagian daripada kata-kata ulama berkenaan kepentingan tersebut.
1.1: Imam Suyuthi di dalam mukaddimah syarahnya kepada taqrib an-Nawawi selepas memuji-muji Allah taala beliau berkata,
------------------------------
Di samping Allah taala telah mengurniakan dengannya ilmu-ilmu kepadaku, seperti tafsir yang dengannya dapat difahami kitab yang maha mulia, ilmu-ilmunya yang telah dibukukan dan aku tidak mendahului dalam penulisannya, feqah yang mana orang yang jahil tentangnya bagaimana dia akan memperolehi ketinggian dan daya membeza, bahasa yang merupakan paksi dalam memahami sunnah dan quran, nahu di mana pecah rahsia orang yang tiada ilmu nahu dengan banyak kegelinciran dan hadith tidak sesuai bagi orang yang banyak melakukan kesilapan (di dalam nahu dan I’rob) serta ilmu-ilmu yang lain seperti ma’ani dan bayan yang merupakan penjelas kepada ketinggian kitab dan hadith[4].
1.2: Jahiz menukilkan di dalam kitabnya bahawa Ayyub As-Sakhtiyani berkata,
كان أيوب السّختياني يقول: تعلّموا النّحو، فإنه جمالٌ للوضيع، وتركُه هُجنة للشَّريف، وقال عمر رضي اللَّه عنه: تعلّموا النّحو كما تَعَلَّمونَ السُّننَ والفرائض
Ayyub As-Sakhtiyani berkata, “Belajarlah nahu kerana ia akan mencantikkan orang yang rendah, meninggalkannya adalah keaiban kepada orang yang mulia”. Sayyidina Umar r.a. berkata, “Belajarlah nahu sebagaimana kamu belajar sunnah dan faraidh”[5].
1.3: Di dalam Subhul A’sya pengarangnya menukilkan kata-kata imam Malik yang berbunyi,
الإعراب حلي اللسان فلا تمنعوا ألسنتكم حليها.
“I’rob adalah perhiasan lidah, janganlah kamu menghalang lidah daripada perhiasannya”[6].
1.4. Sayyidina Umar r.a. berkata,
تعلموا اللحن والفرائض والسنة كما تعلمون القرآن
Bermaksud, “Belajarlah bahasa, faraidh dan sunnah sebagaimana kamu mempelajari al-Quran”[7].
Abu ‘Ubaid berkata berkenaan kata-kata Sayyidina Umar r.a. ini, “Belajarlah “al-lahn” iaitu kesilapan di dalam bahasa supaya kamu dapat memelihara diri daripadanya”[8].
1.5. Ulama telah membuat pelbagai perumpamaan terhadap orang yang mempelajari hadith tetapi tidak mempunyai asas di dalam bahasa arab. Antaranya adalah seperti berikut,
عن شعبة قال "من طلب الحديث ولم يبصر العربية فمثله مثل رجل عليه برنس ليس له رأس".
وعن حماد بن سلمة قال "مثل الذى يطلب الحديث ولا يعرف النحو مثل الحمار عليه مخلاة لا شعير فيها".
Syu’bah berkata, “Sesiapa yang belajar hadith tetapi tidak belajar bahasa arab, maka perumpamaannya adalah seperti seorang yang memakai topi tetapi tidak mempunyai kepada”.
Hammaad bin Salamah berkata, “Perbandingan orang yang belajar hadith tetapi tidak mengerti nahu adalah seperti himar yang digantungkan padanya guni makanan tetapi tiada barli (atau sebarang makanan) di dalamnya”[9].
1.6. Imam Syathibi ketika membincangkan tentang maksud syaari’ menetapkan syariat adalah untuk memberikan kefahaman kepada mukallaf dan ianya mengandungi beberapa masalah. Lalu Ia menyebutkan masalah pertama dengan katanya:
المسألة الأولى إن هذه الشريعة المباركة عربية لا مدخل فيها للألسن العجمية وأن القرآن ليس فيه كلمة أعجمية عند جماعة من الأصوليين أو فيه ألفاظ أعجمية تكلمت بها العرب وجاء القرآن على وفق ذلك فوقع فيه المعرب الذي ليس من أصل كلامها فإن هذا البحث على هذا الوجه غير مقصود هنا وإنما البحث المقصود هنا أن القرآن نزل بلسان العرب على الجملة فطلب فهمه إنما يكون من هذا الطريق خاصة لأن الله تعالى يقول إنا أنزلناه قرآنا عربيا وقال بلسان عربي مبين وقال لسان الذي يلحدون إليه أعجمي وهذا لسان عربي مبين وقال ولو جعلناه قرآنا أعجميا لقالوا لولا فصلت آياته أأعجمي وعربي إلى غير ذلك مما يدل على أنه عربي وبلسان العرب لا أنه أعجمي ولا بلسان العجم فمن أراد تفهمه فمن جهة لسان العرب يفهم ولا سبيل إلى تطلب فهمه من غير هذه الجهة
Masalah pertama, sesungguhnya syariat yang penuh keberkatan ini adalah dalam bahasa arab serta tiada ruang untuk lidah-lidah ‘ajam. Sesungguhnya al-Quran tiada di dalam satupun kalimah ‘ajam di sisi satu golongan ulama usul atau di dalamnya terdapat lafaz-lafaz ‘ajam yang digunakan oleh orang arab dan al-Quran menepatinya maka terdapatlah di dalamnya perkataan yang dijadikan sebagai arab yang bukan berasal dari kalamnya. Perbahasan dari sudut ini bukanlah maksud untuk dibincangkan di sini. Perbahasan yang dimaksudkan di sini adalah sesungguhnya al-Quran turun dengan lidah arab secara keseluruhannya. Maka tuntutan untuk memahaminya hanyalah melalui jalan ini sahaja (bahasa arab) kerana Allah taala berfirman “Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab”, firmannya lagi “(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata” firmannya lagi “(Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata” dan firmannya “Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?” serta ayat-ayat yang lain yang menunjukkan bahawa al-Quran itu adalah berbahasa arab dan dengan lidah arab serta bukan ‘ajam dan bukan dengan lidah ‘ajam. Maka sesiapa yang mahu memahaminya maka mestilah difahami melalui lidah arab dan tiada ruang untuk memahaminya selain daripada jalan ini[10].
Untuk memahami syariat bukan hanya melalui al-Quran tetapi juga hadith Nabi s.a.w. . kerana itu tidak dapat tidak penguasaan terhadap bahasa arab dengan segala kaedahnya adalah mesti untuk memahami segala syariat ini.
1.7. Di dalam Kasyfu Az-Zunun pengarangnya menukilkan kata-kata Ibnul Athir berkenaan kepentingan mempunyai pengetahuan berkenaan bahasa arab serta I’rab seperti berikut,
قال ابن الأثير في جامع الأصول : علوم الشريعة تنقسم : إلى فرض ونفل والفرض ينقسم : إلى عين وفرض كفاية ومن أصول فروض الكفايات علم أحاديث رسول الله صلى الله تعالى عليه وسلم وآثار أصحابه التي هي ثاني أدلة الأحكام وله أصول وأحكام وقواعد واصطلاحات ذكرها العلماء وشرحها المحدثون والفقهاء يحتاج طالبه إلى معرفتها والوقوف عليها بعد تقديم معرفة اللغة والإعراب اللذين هما أصل لمعرفة الحديث وغيره لورود الشريعة المطهرة على لسان العرب
Ibnul Athir berkata di dalam Jami’ul Usul, ilmu syariat terbahagi kepada fardhu dan sunat. Fardhu pula terbahagi kepada ‘ain dan kifayah. Di antara usul fardhu kifayah adalah ilmu tentang hadith-hadith Rasulullah s.a.w. dan athar-athar sahabat r.a. yang merupakan dalil-dalil hukum yang kedua. Ia mempunyai usul-usul, hukum-hukum, kaedah-kaedah serta istilah-istilah yang disebutkan dan dihuraikan oleh ulama-ulama, ahli-ahli hadith dan fuqaha’. Penuntut (ilmu hadith) perlu mengetahui kesemuanya dan pengetahuan tentangnya adalah selepas menguasai pengetahuan bahasa dan I’rab yang merupakan asas untuk mengetahui hadith dan lainnya kerana syariat yang suci ini datang dengan lidah arab[11].
1.8. Di dalam Taudhihu Al-Afkar pengarangnya Muhammad bin Ismail as-San’ani mengemukakan kata-kata seorang imam bahasa dan syair iaitu Abu Sa’id al-Asmu’ie tentang kebimbangannya terhadap penuntut ilmu hadith yang tidak mempunyai pengetahuan I’rab. Beliau menukilkan sebagaimana berikut:
فقد روينا عن الأصمعي قال إن أخوف ما أخاف على طالب العلم أي علم الحديث إذا لم يعرف النحو أن يدخل في جملة قول النبي صلى الله عليه وسلم من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار زاد زين الدين لأنه لم يكن يلحن فمهما رويت عنه ولحنت فقد كذبت عليه صلى الله عليه وسلم
Sesungguhnya kami telah meriwayatkan daripada Al-Asmu’ie bahawa Ia berkata, “Sesungguhnya perkara yang paling saya bimbangkan terhadap penuntut ilmu iaitu ilmu hadith bila dia tidak mengerti ilmu nahu dia akan termasuk dari kalangan golongan yang di sabdakan oleh Nabi s.a.w. iaitu “Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka”. Zainuddin menambah, “Kerana Nabi s.a.w. bukanlah orang yang melakukan kesilapan di dalam ilmu nahu, bilamana engkau meriwayatkan daripadanya dan engkau melakukan kesalahan di dalam nahu dan I’rob maka sesungguhnya engkau telah berdusta atas nama Nabi s.a.w.”[12].
Kesimpulannya adalah di antara faktor yang boleh menyelamatkan seseorang itu daripada kesilapan di dalam meriwayatkan hadith Rasulullah s.a.w. adalah dengan mempelajari ilmu nahu sehingga memampukannya untuk menguasai I’rob. Bahkan menguasai I’rob adalah merupakan antara ciri khusus umat Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang dinukilkan oleh imam Suyuthi di dalam Tadribu Ar Rawi bahawa Hafidz Abu Ali Al Jayyaani berkata yang bermaksud, “Allah SWT telah memberikan keistimewaan kepada ummat Muhammad s.a.w. ini dengan tiga perkara yang tidak pernah dikurniakan kepada orang sebelumnya iaitu isnad, ansab dan I’rab”[13].
[1] Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan lain-lain
[2] Riwayat Termizi dan Ibnu Majah
[3] Al-Hadithul Nabawi fi Nahwi Al-‘Arabi, hal.47
[4] Mukaddimah Tadribu Ar Rawi
[5] Al-Bayan wat-Tabyiin j.1 hal 185
[6] Subhul A’sya j.1 hal. 66
[7] Musannaf Ibnu Abi Syaibah j.7 hal. 325
[8] Lisanul ‘Arab j13 hal 139
[9] Bughyatul Wu’aat j.1 hal.529, Tadribu Ar Rawi j.2 hal. 106
[10] al-Muawafaqat j.2 hal. 64
[11] Kasyfu Az-Zunun Haji Khalifah j.1 hal. 635
[12] Taudhihu Al-Afkar j2 hal 393
[13] Tadribu Ar Rawi, j. 2 hal. 160
Sumber : darulkautsar.com/article.php?page=1&ArticleID=532