|
Post by mariam1980 on Mar 23, 2009 22:56:29 GMT 7
salam adeh., alu jadi moderator gik kamek., uhuk uhuk., ingatkan nk singgah jak tek.,
tp sik pa lah., insyaAllah kamek pikul cabaran tuk ;D ecewah
Dengan lafaz yg mulia., Bismillahirrahmanirrahim saya dgn ini m'isytiharkan pbukaan secara rasminya Yumm's Corner ;D cam kedey makan jak bunyi nya ;D ulang suara., saya dgn ini m'isytiharkan pbukaan secara rasminya Portal Kesihatan utk semua.,
kepada ahli2 engkabang tajdid, saya amat2 m'alukan sumbangan tips kesihatan drpd anda kerana penyakit ni dtg tak bagi salam tuan2., puan2., jd mohon lah kerjasama semua ringan2kan tgn bkongsi sstu kt ctuk.,k., lgpun bukan utk org lain jak., k kita mpun juak bah., bena sik? hehe., ;D
sekian dulu
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Mar 24, 2009 4:43:24 GMT 7
Menjaga Kesihatan Mata Petua ni sesuai diamalkan sesiapa shj. terutama pelajar atau individu yg bekerja dlm bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dsb. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dsb. Petua Menjaga Kesihatan Mata 1. Setiap kali mandi atau berwudhu(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer. 2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pd mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih. 3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya: a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah…jangan sampai naik angin dah la ye. b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini. c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. 4. Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dsb. 5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda…hehe, faham-faham sendirilah ye. Ok, setakat ni je, lain kali saya bagi petua lagi. P/S: Petua-petua ni utk org yg belum rabun lagi, tapi yg dah sedia rabun tu tak dapat dipastikan keberkesanannya, bolehlah cuba2 kota ;D Sumber : www.petua.org/?cat=23
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Mar 24, 2009 5:06:41 GMT 7
salam adeh., alu jadi moderator gik kamek., uhuk uhuk., ingatkan nk singgah jak tek.,
tp sik pa lah., insyaAllah kamek pikul cabaran tuk ;D ecewah
Dengan lafaz yg mulia., Bismillahirrahmanirrahim saya dgn ini m'isytiharkan pbukaan secara rasminya Yumm's Corner ;D cam kedey makan jak bunyi nya ;D ulang suara., saya dgn ini m'isytiharkan pbukaan secara rasminya Portal Kesihatan utk semua.,
kepada ahli2 engkabang tajdid, saya amat2 m'alukan sumbangan tips kesihatan drpd anda kerana penyakit ni dtg tak bagi salam tuan2., puan2., jd mohon lah kerjasama semua ringan2kan tgn bkongsi sstu kt ctuk.,k., lgpun bukan utk org lain jak., k kita mpun juak bah., bena sik? hehe., ;D
sekian dulu Steady
|
|
|
Post by mariam1980 on Mar 24, 2009 8:53:12 GMT 7
kak dyg, syukran mjadi planggan pertama ;D ecewah., silap ayt., pcoret pertama mlm td server lmbt owh., kamek nk post pun x dpt, kamek lalu main game tumblebugs entamnya ;Dcikgu hisyam, apa ndak ka steady ya? haha ;D
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Mar 24, 2009 13:28:12 GMT 7
nadai ngawak bha yam...kita sama2 molah kerja bagus nak....hihi..da lah hikmahnya ya... dah coba game silent hill?? hehe
|
|
|
Post by mariam1980 on Mar 25, 2009 12:16:13 GMT 7
lum sempat kamek try game silent hill kak., kamek gik leka main game mahjong masquerade kt king.com tek ;D
|
|
|
Post by zainaljiee on Apr 13, 2009 13:28:08 GMT 7
Sabda Rasulullah s.a.w. : "Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak ke atas dirimu." (Riwayat Imam Muslim) Diri manusia yang terdiri daripada jasad dan roh, fikiran dan material, dan jiwa dan badan. Oleh itu suatu kesalahan jika kita hanya menumpukan penjagaan 'kesihatan' itu hanya pada jasad hingga mengabaikan roh. Begitu juga suatu kesalahan jika kita menumpukan soal roh tetapi mengabaikan jasad. Kesemua unsur ini perlu dijaga dan dipenuhi tuntutan kesihatannya. Seorang muslim selayaknya dalam keadaan sihat tubuh badan, segar jiwa dan cerdas fikirannya. Jika semua ini baik maka mudah dan selesa untuk beramal ibadah kepada Allah.
Wallahualam..
|
|
|
Post by mariam1980 on Apr 13, 2009 13:37:36 GMT 7
syukran cikgu jenal., kamek lapar la., jasmani kamek perlukan makanan., rohani dah diberik makan tek
|
|