|
Sajak
Mar 30, 2009 16:53:52 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Mar 30, 2009 16:53:52 GMT 7
[glow=red,2,300][shadow=red,left,300]Persahabatan Itu[/shadow][/glow] persahabatan itu anugerah persahabatan itu persaudaraan sesama insan
persahabatan itu terjalin apabila terjadinya pertemuan
persahabatan itu adalah persaudaraan yang akrab atas dasar-dasar ketulusan keikhlasan kejujuran dan erti persahabatan yang tulus suci berpaksikan keimanan
dan persahabatan itu adalah amanah seorang sahabat di dalam menjalinkanpersahabatan [/b][/size][/color] p/s: ne tuju sahabat-sahabatku dlm towk oww... -selendang hijau-
|
|
|
Sajak
Mar 30, 2009 22:09:50 GMT 7
Post by zainaljiee on Mar 30, 2009 22:09:50 GMT 7
Selendang Hijau
Dia terlalu pingitan di sebalik selendang hijau menutupi wajahnya dalam kerdip mata bundar dan lentik alisnya ada cahaya memancar menerangi hati.
Aku cuba mencari rahsia selendang hijau dalam kalut warna pelangi dan busananya putih putih bersih dalam gabungan hijau putih dia begitu cantik di sebalik selendang hijau aku dapat meneka senyumnya amat mengutum memberi sinar harapan jiwa.
|
|
|
Sajak
Mar 30, 2009 22:13:49 GMT 7
Post by ukhtihurairah on Mar 30, 2009 22:13:49 GMT 7
Terkesan hati mek baca rangkaian sajak kitak. Tahniah. Anekdot :kamek nyambong lok ; ;D Persahabatan adalah anugerah terindah, merentasi jarak dan masa, darjat dan rupa, meminta tika suka dan duka. (selamat ulang tahun buat sahabat Kamsiah Hj. Aron-30.3.09)
|
|
|
Sajak
Mar 31, 2009 6:12:51 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Mar 31, 2009 6:12:51 GMT 7
x apa, ya kmk tuju khas utk semua sahabat dalam eng. tajdid tok, Jasmin. Sajak kitak Selendang Hijau ya ktk pun kah molah?
|
|
|
Sajak
Mar 31, 2009 7:44:31 GMT 7
Post by zainaljiee on Mar 31, 2009 7:44:31 GMT 7
Auk cikgu dayang. Respon spontan apabila membaca tagline kita ya..Kamek tok pantang nangga benda ijo..hehehe.. Hijau Putih agik eh..
|
|
|
Sajak
Mar 31, 2009 8:27:02 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Mar 31, 2009 8:27:02 GMT 7
hehehe...munlah kmk dpt ngajar lam sekolah kedak tok oww...tp ya memerlukan kekuatan iman juak sebenarnya... cgu Zainal, apa beza puisi dengan sajak???
|
|
|
Sajak
Mar 31, 2009 10:18:30 GMT 7
Post by zainaljiee on Mar 31, 2009 10:18:30 GMT 7
Puisi secara mudah ialah karangan berangkap, contohnya pantun, syair, gurindam, seloka, dan sajak. Malah jampi mantera juga termasuk dalam puisi. Ia terbahagi kepada dua iaitu puisi tradisional (pantun, syair dsb) dan puisi moden iaitu sajak. Lirik lagu boleh juga dikategorikan sebagai puisi moden. Wah, mun kitak makei kedak pakaiannya ngaja, sik hal, asal ada kekuatan dalam diri.
|
|
|
Sajak
Mar 31, 2009 10:19:12 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Mar 31, 2009 10:19:12 GMT 7
Diam
Di satu sudut Manusia gelak ketawa Manusia senyum melebar Aku tetap diam
Di satu sudut Manusia bermegah-megah Manusia menunjuk-nunjuk Aku tetap diam
Di satu sudut Manusia menangis Manusia kesedihan Aku masih mendiam
Di satu sudut Manusia ditindas Manusia diperlaku ganas Aku masih mendiam...terpacak difikiranku dimana suara-suara manusia...
|
|
|
Sajak
Apr 1, 2009 17:49:14 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Apr 1, 2009 17:49:14 GMT 7
Mohon cgu zainal ulas sajak kmk di atas ;D
|
|
|
Sajak
Apr 3, 2009 8:52:28 GMT 7
Post by zainaljiee on Apr 3, 2009 8:52:28 GMT 7
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Insya Allah, saya akan cuba mengulas sajak anda tersebut setakat yang termampu pada ilmu yang terbatas dalam diri ini.. Terlebih dahulu saya ucapkan syabas atas kesungguhan dan kemampuan anda menghasilkan sajak tersebut. Memanag tidak dinafikan, sajak sungguhpun ia nampak ringkas, namun menghasilkannya bukan suatu kerja yang mudah. Ia memerlukan perahan minda yang cukup kuat untuk menghasilkan bait-bait kata yang terbaik untuk dipersembahkan. Sesuai dengan definisi sastera itu sendiri yang membawa erti susunan kata/bahasa yang baik dan indah. Apa yang indah pada susunan kata itu? Insya Allah saya akan cuba membongkar khazanah keindahan yang ada pada bait-bait kata dalam sajak DIAM di atas. Perbincangan saya terhadap sajak ini tidak secara menyeluruh. Saya akan memberi ulasan dari sudut kecil dalam kajian sajak iaitu tentang nada sajak. Dalam sajak DIAM di atas, penyajak (saudari Dayang Noorasmah), telah menggunakan pendekatan nada sinis kepada pihak tertentu dalam beberapa isu atau persoalan-persoalan yang cuba dibangkitkan oleh beliau. Nada sajak ini banyak, ada yang protes, romantik, melankolik dan sebagainya. Dalam hal ini penyajak telah menampakkan nada sinis beliau pada beberapa bait kata khususnya ungkapan DIAM itu sendiri yang banyak kali diulang-ulang. (Ini pun sudah termasuk dalam bentuk gaya bahasa pengulangan yang membawa kepada penegasan mesejnya). Perasaan sinis malah menyindir penyajak ini terhadap golongan tertentu, dapat saya rasa mungkin tercetus oleh sikap penyajak yang faham akan tuntutan maksud hadis nabi iaitu: 'Daripada Abu said al-Khudri beliau berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Siapa di antara kamu melihat kemungkaran (hal-hal yang melanggar hukum agama), ubahlah dengan tangamu, bila tidak mampu, ubahlah dengan lisanmu, bila tidak mampu, ubahlah dengan hatimu (benci/menjauhinya). Yang demikian itu adalah iman yang paling lemah." (Riwayat Muslim) Penyajak melihat, ada golongan-golongan tertentu yang mempunyai kuasa, kepakaran, ilmu dan kekuatan namun membiarkan sahaja tanpa berbuata apa-apa bagi mencegah mahupun menangani kemungkaran-kemungkaran tersebut. Dengan ertikata lain mereka bersikap DIAM. Saya lebih suka merujuk kata 'diam' di sini menurut Kamus Dewan yang merujuk: 1. tidak becakap, senyap 2. tidak bergerak-gerak atau berbuat apa-apa
Melalui ungkapan ini, penyajak sudahpun cuba menyindir golongan tertentu. Keadaan sindiran ini lebih halus lagi apabila penyajak menggunakan kata ganti nama diri orang pertama iaitu 'aku' untuk merujuk orang ketiga (golongan yang disindirkan), sedangkan sepatutnya penyajak menggunakan kata ganti diri orang ketiga yang betul iaitu 'mereka'. Namun, oleh kerana penyajak cuba menyindir dengan sinis, maka beliau menggunakan 'aku' dalam sajak tersebut supaya sindiran itu masih lagi kelihatan halus dan berlapik yang sebenarnya amat tajam dan berbisa. lainlah kalau penyajak itu menterjemahkan nada protes. Kata 'mereka' lebih sesuai supaya ia nampak terus langsung menghentam golongan tersebut. Di sinilah apa yang dikatakan keindahan dalam susun bait kata dalam sajak ini seperti yang telah saya katakan pada awal penerangan ini. Nampak sekali penyajak begitu bijak dalam pemilihan kata (diksi) dalam usahanya menyindir golongan tertentu. Siapakah golongan yang disindir itu? Saya akan megulas dengan lebih lanjut lagi dalam mengupas maksud bagi setiap rangkap sajak tersebut. Seperti yang telah saya perkatakan tadi, sikap faham penyajak tentang tuntutan hadia di atas telah menimbulkan rasa tidak puas hati beliau terhadap golongan-golongan tertentu dalam menangani kemungkaran-kemungkaran yang berlaku di sekelilingnya sama ada yang bersifat lokal atau global atau glokal (meminjam kata TPM, Datuk Seri najib Tun Razak).
Pada rangkap pertama, penyajak menyindir sikap diam pihak tertentu apabila membiarkan sahaja budaya hedonisme (hiburan segala-galanya) menular dan menjadi budaya dalam kehidupan anak-anak muda kita khususnya belia muslim. Kehidupan mereka 24 jam berhibur dan berseronok; "manusia gelak ketawa, manusia senyum melebar", Keseronokan gelak ketawa ia paling ketara jika kita sanggup meninjau ke dalam kelab-kelab alam atau dalam sambutan-sambutan tertentu seperti Menyambut Tahun baru dan sebagainya. Belum lagi dengan pelbagai rancangan hiburan yang dihidangkan oleh televisyen yang banyak menghanyutkan golongan muda-mudi kita. Namun, tiada usaha oleh pihak berkuasa untuk menyekat atau membasmi budaya ini. Bak kata penyajak, golongan ini bersikap "aku tetap diam'. Sedangkan penyajak sendiri risau dengan budaya yang melalaikan ini akan membawa suatu natijah buruk nanti; Firman Allah (maksud): "Yang demikian (kedatangan rasul-rasul itu adalah), kerana Tuhanmu tidak MEMBINASAKAN negeri-negeri secara zalim sedangkan penduduknya LEKA LALAI.." (al-An'aam:131)
Pada rangkap kedua pula, penyajak menyindir golongan tertentu yang hanya bersikap diam dan tidak berani bertindak terhadap golongan kaya/ahli korporat kita yang berlumba-lumba mengejar kekayaan (ini tidaklah salah) namun bersikap angkuh dan menunjuk-nunjuk kekayaan mereka. Malah sampai tahap membazir melampau-lampau. kemakmuran negara telah disalah guna untuk mengumpul kekayaan bagi diri sendiri tanpa mahu diagih-agihkan kepada golongan miskin yang memerlukan. Malah, jika ada pun sikap menghulurkan bantuan ia lebih kepada ada agenda tertentu yang akhirnya untuk keuntungan diri sendiri juga. Sesuai dengan sikap kapitalis yang nak untung semata-mata! "Manusia bermegah-megah, manusia menunjuk-nunjuk". Sedangkan apa yang dibimbangkan oleh penyajak jika budaya ini terus-terusan menjadi amalan golongan kaya ialah: Firman Allah (maksud):"Allah telah MEMBINASAKAN sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak MENGUMPULKAN HARTA kekayaan.." (al-Qasa:78) Sedangkan dalam rangkap ketiga, nasib golongan yang daif, miskin atau mangsa bencana dan peperangan tidak dibela dengan sewajarnya. Ada golongan (khususnya golongan kaya tadi) masih bersikap "aku masih mendiam". Manakala pada rangkap keempat, penyajak membawa persoalan lebih besar dan global tentang isu peperangan. Dan peperangan tersebut telah ditimpakan oleh kuasa-kuasa besar (Amerika Syarikat/Barat, Israel) ke atas negara-negara Islam (Palestin. Kashmir, Iraq , Sudan). Yang menderita ialah ummah Islam. Sedangkan apa pula peranan OIC? Mereka hanya DIAM dan berkata, Oo..I See!..sahaja. Maka pihak inilah yang menjadi sindiran penyajak yang gagal bertindak bagi membela maruah ummah yang telah sekian lama ditindas dan dizalimi.Firman Allah(maksud): "...sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan mendapat kejayaan.."(al-An'aam:135). Diam membisu melihat kemungkaran termasuk dalam sifat zalim kepada diri sendiri. Dan jika dihayati betul-betul ungkapan pada baris terakhir iaitu "terpacak difikiranku dimana suara-suara manusia", ungkapan 'ku' di sini barulah penyajak mengkhususkan kepada dirinya sendiri. Beliau bertanya dan mempersoalkan, di manakah golongan-golongan yang sepatutnya bersuara mengubah kemungkaran-kemungkaran tersebut? Bagi penyajak, beliau sudah pun melaksanakan tuntutan hadis tersebut iaitu mengubah dengan tangan (dengan menulis sajak), mengubah dengan lisan (melafazkan sajak) dan mengubah dengan hati (sikap sinis beliau terhadap golongan tertentu sama ada pembuat kemungkaran atau yang sepatutnya bertindak ke atas kemungkaran tersebut). Begitulah serba sedikit ulasan saya. Memang masih banyak kelemahan dari segi uladsan tersebut. saya hanya dapat memberi setakat yang termampu. Cuma sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa, keindahan sajaktersebut tetap ada walaupun ia nampak ringkas dan tidak banyak menggunakan bahasa yang puitis( ini bukan syarat bagi sesebuah penghasilan sajak), namun kebijaksanaan penyajak bermain dengan bahasanya dalam menyampaikan sindiran dan mesejnya amat kita kagumi. Syabas, teruskan usaha anda lagi...Wallahualam..
|
|
|
Sajak
Apr 3, 2009 8:56:24 GMT 7
Post by zainaljiee on Apr 3, 2009 8:56:24 GMT 7
Ralat: surah tersebut bukan al-Qasa tetapi al-Qasas. Mohon maaf..
|
|
|
Sajak
Apr 3, 2009 11:48:39 GMT 7
Post by ukhtihurairah on Apr 3, 2009 11:48:39 GMT 7
Ulasan cikgu Zainal telahpun dibaca. Satu nilai tambah ilmu bagi saya.Terima kasih.
|
|
|
Sajak
Apr 4, 2009 7:25:29 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Apr 4, 2009 7:25:29 GMT 7
SubhanAllah, x sangka sajak pertama yg kmk polah mendapat ulasan tang begitu panjag lebar dari cgu Zainal tok..dahlah padat,jelas,dan macam-macam lagi. Tak rugi betul berguru dengan cgu zainal ni. Saya juga mula rasa segan dan rendah diri bawasanya sajak bukan boleh ditangkap muat atau dibuat sesuka hati.Saya juga merasakan banyak yg perlu saya belajar dan pelajari kalau saya ingin menjadi penyajak yg puitis dan bermakna.Saya ingin lahirkan rasa gembira dan terima kasih kerana cgu zainal kerana sudi mengulas sajak saya ini. Setidak-tidaknya asas bersajak kenalah saya pelajari dulu dan fahami dengan lebih mendalam lagi.Sekali lagi tahniah saya ucapkan kepada cgu zainal dengan kupasannya yang begitu teliti dan padat.
|
|
|
Sajak
Apr 4, 2009 7:34:28 GMT 7
Post by zainaljiee on Apr 4, 2009 7:34:28 GMT 7
Nak belajar menulis sajak tak semestinya perlu belajar teori dulu. Lihat sajak-sajak orang lain dan belajar daripada situ. Sambil tu belajarlah teori. Nak belajar menulis sajak perlu banyak/rajin menulis sajak sebagai latihan...teruskan usaha anda..
|
|
|
Sajak
Apr 4, 2009 7:40:59 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Apr 4, 2009 7:40:59 GMT 7
ok Sifu, mo mon tai, kamsia! Syukran ;D
|
|