|
Sajak
Apr 4, 2009 8:51:20 GMT 7
Post by ibnuhisyam on Apr 4, 2009 8:51:20 GMT 7
Habislah lepas tok memang zaujah ana tok mala bersajak jak........abislah semua barang di sajak nya kelak
|
|
|
Sajak
Apr 4, 2009 21:15:43 GMT 7
Post by zainaljiee on Apr 4, 2009 21:15:43 GMT 7
Tak apa syeikh, perkara baik..Di kalangan sahabat nabi ada yang bergelar penyair hebat. Malah dalam al-Quran bukankah ada surah khusus untuk golongan tersebut iaitu surah Asy-Syu'araa (Para Penyair). Bakat yang Allah berikan, kita kembangkan untuk kebaikan. Restukanlah usahanya syeikh...
|
|
|
Sajak
Apr 5, 2009 7:26:32 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Apr 5, 2009 7:26:32 GMT 7
yeahhhhhh....thats the spirit bro! ;D
|
|
|
Sajak
Apr 5, 2009 8:34:14 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Apr 5, 2009 8:34:14 GMT 7
Alhamdullillah, baru tercetus sajak diminda ana tadi... Sila beri ulasannya ye Sifu ;D
Hembusan Subuh memecah lena Hembusan udara yang masih dara Titisan embun menyergah alam maya Tiupan dingin nyaman kurasa
Aliran air berlari-lari Merentasi deras seluruh jemari Kurasa segar menusuk kalbu Menadah tangan di langit biru
Berdoa dengan penuh kekuatan Angin, embun dan bayu menerpa kelembutan Kurasa syukur dengan segala pemberian Anugerah Tuhan Yang Maha Esa yang tiada bandingan
|
|
|
Sajak
Apr 5, 2009 13:52:15 GMT 7
Post by zainaljiee on Apr 5, 2009 13:52:15 GMT 7
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Insya Allah, saya akan cuba mengulas sajak saudari(puan) dengan sedikit kefahaman ilmu yang ada pada diri ini.
1.Pendahuluan.
Pertama sekali, saya agak pelik apabila melihat sajak ni tanpa tajuk? Hmm..saya nak buat sedikit analogi, jika seorang ibu melahirkan anak, maka disarankan untuk kita khususnya bapa bayi itu memberikannya nama sebagai salah satu tanda kesyukurannya di atas pemberian rezeki itu. Sama juga dengan sajak, ia 'lahir' melalui minda kita yang telah diperah untuk memikirkan apa yang hendak disampaikan, maka sewajarnya juga perlu diberi nama (tajuk) sebagai menghargai nikmat ilham yang Allah berikan kepada penyajak itu, dan supaya jelas tema dan mesej yang hendak disampaikan. Saya fikir, kesilapan ini bukanlah disengajakan. Mungkin sedkit teruja, lantas penyajak lupa nak beri tajuk. Walau bagaimanapun saya mengucapkan syabas kerana kemampuan penyajak menghasilkan sajak ini dalam spontan apabila ilhamnya masuk. Secara keseluruhan apabila membaca dan menghayati bait demi bait sajak ini, saya dapat menyimpulkan bahawa nada sajak ini adalah nada romantis. Cuma dari segi persembahannya, sajak ini agak bersahaja dan mendatar, Penerangan terlalu secara langsung. Namun ia masih dikategorikan sebagai sajak yang baik bagi permulaan bersajak.
2. Kajian Bentuk Sajak:
Apa yang hendak saya sentuhkan kali ini ialah dari sudut bentuk sajak itu sendiri. Secara mudah, sajak ini mempunyai 3 rangkap, dan setiap rangkap mempunyai 4 baris. Maka dalam kajian bentuk, sajak ini dikenali sebagai sajak 'kuatrain' iaitu memiliki 4 baris bagi setiap rangkap. Dari segi kebebasannya bagaimana pula? Jika diteliti, sajak ini separa bebas kerana ada bahagiannya yang terikat seperti puisi tradisional iaitu syair khususnya dari segi bunyi rima akhir. Baik, kita soroti pula bahagian bunyi rima akhirnya bagi setiap rangkap. Rangkap pertama, bunyi rima akhirnya ialah a/a/a/a, Rangkap kedua pula ialah a/a/b/b, Rangkap ketiga pula ialah a/a/a/a. Bunyi rima akhir a/a/a/a pada rangkap pertyama dan ketiga inilah yang mirip kepada syair tadi. Adakah ini salah dalam pembinaan sajak. Jawapannya TIDAK.(Jadi, jangan risau..ye) Dari segi struktur ayatnya pula, kita akan menilai dua ayat iaitu penggunaan ayat panjang dan ayat pendek. i. Ayat Panjang: contoh: "Anugerah Tuhan Yang Maha Esa yang tiada bandingan" (R3,B4)
ii. Ayat pendek: contoh: "Aliran air berlari-lari" (R2,B1)
Manakala dari segi unsur bunyi pula dapat kira rumuskan seperti berikut; i. Unsur asonansi (pengulangan bunyi huruf vokal) Contoh : Hembusan udara yang masih dara (R1,B2) Di sini terdapat unsur bunyi pengulangan vokal 'a' sebanyak 6 kali. Nampak sedap bunyinya apabila kita mengucap baris ini.
ii. Unsur aliterasi (pengulangan bunyi huruf konsonan) contoh: Angin, embun dan bayu menerpa kelembutan (R3,B2) Di sini terdapat pengulangan konsonan 'n' sebanyak 6 kali. Baris ini juga agak sedap bunyinya apabila dilafaz. Dalam bahagian unsur bunyi ini, nampaknya penyajak amat mahir dalam memilih kata untuk mencetuskan bunyi yang sedap dan indah didengar. Untuk pengetahuan, sajak bukan sahaja perlu dihayati dan dinikmati mesejnya, malah juga ia perlu dinikmati keindahan bahasa dan bunyinya sebagai halwa telinga sipendengar. Ini menyumbang kepada rasa terpegun para audien yang hendak dijadikan sasaran sesebuah sajak.
3. Kesimpulan:
Penyajak telah mampu mencernakan mindanya untuk menghasilkan sebuah sajak yang agak baik dari segi mutu persembahan bentuknya. Pengucapan yang bersahaja itu saya rasa kerana ia dipengaruhi oleh nadanya yang romantis. Jadi, penyajak agak santai membicarakan mesej yang hendak disampaikannya. Begitu juga, ingatan kepada penyajak bahawa kemahiran memilih kata yang boleh mencetus unsur bunyi yang indah dan sedap dan berirama juga sangat penting dalam pembinaan sesebuah sajak. Dalam hal ini, sajak tanpa judul ini membuktikan penyajaknya sudah mampu mencapai tahap tersebut. Cuma saya ingin memberi sedikit contoh lagi tentang unsur bunyi ini seperti bait di bawah: "Laut melaut pelaut terpaut angin dingin semakin ingin.." Saya sengaja tidak mahu menyentuh dari segi gaya bahasa dalam sajak ini. Walaupun jelas banyak bentuk gaya bahasa yang digunakan, namun saya rasa eloklah hal ini dibincangkan pada asajak-sajak yang akan datang. Ini akan memberi semangat penyajak untuk menghasilkan sajaknya yang seterusnya. Sekali lagi saya mengucapkan syabas buat saudari(puan) atas minat dan usaha gigih anda untuk berkecimpung dalam dunia puisi ini. Teruskan bakat anda...Wallahualam.
|
|
|
Sajak
Apr 5, 2009 16:41:22 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Apr 5, 2009 16:41:22 GMT 7
Alhamdullilah, terulas akhirnya sajak ciptaan kedua saya pada kali ini. Sungguh teruja saya mendengar segala kupasan dari Sifu(izinkan saya memanggil cgu Sifu yer ;D). Memang saya akui saya ni terlalu beriya bersajak dengan green light dari suami dan juga dorongan dan sokongan dari Sifu. Makanya, saya terlupa pulak nak memberi nama sajak saya. Kesemua ulasan yang sifu beri amat saya hargai dan akan saya jadikan bekalan untuk karya sajak saya yang seterusnya. JazakaAllah Sifu...terima kasih sekali lagi di atas ulasan sajak saya yang berjudul .... Subuh
|
|
|
Sajak
Apr 5, 2009 18:18:48 GMT 7
Post by zainaljiee on Apr 5, 2009 18:18:48 GMT 7
Hmm..gelaran sifu itu terlalu tinggi. Panggil aje cikgu Zainal dah memadai. Saya nasihatkan puan menempah nama dalam rekod DBP Cawangan Sarawak dengan menghantar sajak ke dalam ruangan Yang Indah Itu Bahasa (Utusan sarawak setiap Rabu) dan Wadah Bahasa dan Sastera (Utusan Borneo setiap Isnin)..Di situ sajak akan diulas dengan lebih mantap disamping mendapat sedikit honororium..
|
|
|
Sajak
Apr 5, 2009 19:07:36 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Apr 5, 2009 19:07:36 GMT 7
ishh....x hal bah Sifu... err... blm bersedia lagiklah kmk tok nak ngantar ke sia...kmk rasa kmk perlu asuhan dari Sifu dolok, bila dah ada confident yg kuat bru kmk pergi sia...
|
|
|
Sajak
Apr 5, 2009 19:38:36 GMT 7
Post by zainaljiee on Apr 5, 2009 19:38:36 GMT 7
Kamek cadangkan sajak Subuh ya dah boleh dihantar..
|
|
|
Sajak
Apr 6, 2009 14:05:10 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Apr 6, 2009 14:05:10 GMT 7
JazakAllah, cadangan akan dipertimbangkan..... ;D
|
|
|
Sajak
Apr 6, 2009 21:36:59 GMT 7
Post by ukhtihurairah on Apr 6, 2009 21:36:59 GMT 7
Syabas...sajak Subuh yg amat bermakna dan berjaya meninggalkan impak atas khalayak pembaca.
|
|
|
Sajak
Apr 7, 2009 13:57:34 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Apr 7, 2009 13:57:34 GMT 7
jazakAllah Jas
|
|
|
Sajak
Apr 20, 2009 15:54:45 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Apr 20, 2009 15:54:45 GMT 7
Salji
Berguguran salji putih. kucium baunya pada malam itu yang kusapukan ke tanganku dingin
Aku terlalu manusia pada malam itu
Tatkala bayang wajahmu masih terbayang jelas, di naluriku yang pada masa itu, masih mengigau lesu cuba mengingati pelukan hangatmu.
Salji di tanganku terus cair, cair di dalam pelukan hangatmu.... ;D
|
|
|
Sajak
May 1, 2009 15:49:50 GMT 7
Post by zainaljiee on May 1, 2009 15:49:50 GMT 7
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
1. Mukaddimah
Seperti yang telah kita maklumi, bahawa sajak merupakan karangan berangkap yang sangat mementingkan bahasa sebagai medium penyampaiannya. Oleh kerana itu penggunaan bahasa yang baik, mantap dan tepat sangat perlu diambil kira oleh seseorang penulis sajak. Sajak yang baik juga apabila penyajak itu mampu menggunakan bahasa yang ekonomis dalam bicara sajaknya. Di sinilah letaknya kekreatifan penyajak itu dalam memilih kata yang tepat dan dalam pada masa yang sama mampu memberi makna yang padat dalam sesuatu perkataan yang digunakannya. Dengan erti kata yang lain, satu perkataan boleh dihuraikan dengan panjang pengertiannya yang berkaitan untuk menerang hanya satu subjek sahaja. Ini berbeza dengan perkataan banyak makna. Sebagai contoh perkataan banyak makna ialah 'BUNGA'. Kata boleh dimaksudkan dengan bunga (tumbuhan) dan juga faedah (pinjaman wang). Namun, dalam sajak BUNGA itu ditafsirkan sebagai wanita, cantik, harum, mekar, sesuatu yang dipuja/diminati yang kesemuanya berkaitan tafsirannya untuk merujuk WANITA. Dengan erti kata lain, penyajak telah menggunakan kata BUNGA itu sebagai bentuk PERLAMBANGAN / PERBANDINGAN (KIASAN) yang boleh ditafsirkan dengan panjang lebar walaupun hanya mengungkapkan satu perkataan sahaja iaitu BUNGA. Inilah yang dikatakan ekonomisnya bahasa yang digunakan oleh penyajak, tanpa perlu mengarang bait-bait sajak yang panjang berjela-jela untuk menerangkan 'idea' dalam fikirannya.
2. Huraian Sajak Salji.
Terlebih dahulu saya ucapkan syabas kepada penyajak ini yang telah berjaya menghasilkan sebuah sajak yang baik dari segi susunan katanya. Maknanya jelas dan tidak sukar untuk difahami. Idea yang disampaikan juga sangat penting kerana ia sesuatu yang dialami oleh semua manusia, iaitu perasaan CINTA. keindahan cinta itulah yang cuba diangkat oleh penyajak dalam sajak Salji ini. Di manakah keindahan cinta itu? Kita tidak boleh menggambarkan/melukiskan bagaimana keindahan cinta sebab cinta sesuatu yang abstrak yang tidak dapat dilihat dengan mata. Jadi di manakah indahnya cinta? Bagaimana kita tahu cinta itu indah. Sebab apabila disebut tentang sesuatu yang indah ia pasti melibatkan pancaindera deria lihat (mata) kita, kerana kata 'indah' itu merupakan salah satu contoh jenis kata adjektif pancaindera. Apabila kita soroti dengan lebih dalam lagi kita akan dapat mengesan bahawa keindahan cinta hanya dapat dinikmati oleh mata hati. Kerana itu, orang yang bercinta akan segar dan mekar hatinya. Di situlah letaknya cinta bersemayam. Ia hanya mampu dirasai tapi masih tidak mampu dilihat bagaimana makhluk bernama cinta itu. Mungkin ada orang berkata memang benar cinta itu indah dan cantik kerana wajah kekasihnya cantik dan tampan. Itu pandangan silap tentang cinta. Bagi orang seperti itu cinta itu hanya pada wajah seseorang sahaja yang digambarkan dalam bentuk fizikal. Baik, kembali kepada sajak salji di atas, saya amat tertarik dengan dua perkara iaitu tentang idea dan bahasa (kata) yang digunakan oleh penyajak. Dalam tafsiran saya, penyajak seperti yang telah saya perkatakan di atas tadi iaitu cuba untuk mentafsirkan cinta (idea) itu dalam bentuk sesuatu yang boleh dinikmati oleh mata, bukan saja oleh hati. Kerana itu penyajak cuba 'melukiskan, cinta itu dalam bentuk konkrit iaitu dengan menggunakan ungkapan kata 'SALJI'. Nah, cuba kita teliti dengan baik. kata SALJI yang digunakan oleh penyajak sangat ekonomis untuk menerangkan cinta panjang lebar. Salji sesuatu ciptaan Tuhan yang amat cantik (lebih-lebih lagi tatkala ia turun berguguran), warnanya putih menggambarkan ia bersih dan suci malah polos. Sifatnya sejuk dan nyaman. Malah nikmat sejuk ini sangat tinggi nilainya tatkala kita dilanda kepanasan dan dahaga. Begitulah dengan kesemua makna dan tafsiran kepada salji ini yang hampir sama (PERBANDINGAN) dengan perasaan cinta yang dialami oleh penyajak itu sendiri. Cinta yang datang (turun) amat indah terasa di hatinya (mungkin penyajak mendapat cinta pandang pertama). Lebih untung lagi jika penyajak menerima cinta yang suci dan ikhlas (putih) daripada sang kekasihnya. Dalam kehangatan cintanya itu, penyajak terasa nikmatnya tatkala ia 'meneguk' salji yang sejuk dingin.yang mampu menghilangkan dahaga jiwanya yang selama ini haus dan kemarau untuk dikasihi. Malah jiwanya 'cair' tatkala dipeluk oleh kehangatan kasih itu. Cair di sini bukan bermakna hancur atau binasa, tetapi lebih kepada 'kesepaduan' cinta dalam hatinya yang mengalir cair umpama darah dalam setiap saluran darahnya menuju masuk ke dalam hati!Bukankah hati itu sering disimbolkan untuk 'love'? Namun untuk sajak ini, penyajak keluar daripada kebiasaan itu. Cinta di simbolkannya dengan SALJI. Setelah diteliti, penyajak telah menunjukkan kekreatifanya memilih kata (diksi) SALJI untuk menerangkan keseluruhan tentang CINTA yang dialami dan dirasainya tatkala hatinya telah dirempuh oleh hujan salji pada suatu malam yang dingin.
3. Kesimpulan Daripada sajak Salji ini, kita dapat melihat kebijaksanaan penyajak menyampaikan ideanya dengan kata yang ringkas tetapi padat. Di sini juga letaknya keindahan bahasa yang digunakan sebagai medium penyampaian idea dan mesejnya. Apabila penyajak menggunakan kata Salji untuk menerangkan kisah cintanya, ia secara tidak langsung telah menjadikan para pendengarnya rajin untuk berfikir mencari tafsiran pada ungkapan salji itu. Maka berlakulah proses timbalbalas antara penyajak dengan pendengar/pembaca. Jika ini sering berlaku dalam masyarakat kita, maka inilah bentuk kejayaan sastera dalam melahirkan individu/masyarakat yang sentiasa menggunakan akalnya untuk berfikir. Bukankah Allah sering kali menyinggung hal ini dalam al-Quran: "Tidakkah kamu berfikir!"
Wallahualam...
|
|
|
Sajak
May 2, 2009 12:44:47 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on May 2, 2009 12:44:47 GMT 7
ya Rabbiii...terima kasih di atas huraian yang begitu panjang lebar dari tuan. jazakAllah sekali lagi
|
|