|
Post by ibnuhisyam on Mar 31, 2009 5:37:01 GMT 7
Setiap tahun hampir semua sekolah akan terlibat dengan MTQ (Majlis Tadarus Al-Quran). Bukan sahaja melibatkan Guru-guru Islam malah melibatkan guru-guru bukan Islam. Setelah beberapa tahun dalam bidang pendidikan dan terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan aktiviti ini saya masih terganggu dengan beberapa persoalan mengenai aktiviti ini. 1. Apakah objektif sebenar aktiviti ini? 2. Sejauh manakah aktiviti ini memberi sumbangan kepada dakwah Islamiyah? 3. Perlukah perbelanjaan dan tenaga yang banyak di curahkan untuk aktiviti ini? 4. Sejauh mana aktiviti ini menepati landasan Islam yang sebenarnya? 5. Apakah yang telah kita capai dengan menjalankan aktiviti setelah beberapa tahun ianya di jalankan? Tolong jelaskan kepada saya yang tidak memahami aktiviti ini. Tolong jangan salah anggap dengan persoalan-persoalan saya ini tiadalah berniat yang tidak baik, cuma saya belum lihat ianya satu aktiviti yang dapat menyumbang dengan baik untuk pembangunan ummat. Bagi pendapat peribadi saya, adalah lebih baik perbelanjaan dan tenaga yang banyak itu di salurkan untuk aktiviti seperti khemah ibadah untuk setiap tahun dan lebih baik lagi setiap bulan. Anak-anak didik kita memerlukan pengisian agama dari sudut rohani bagi perkembangan diri. Bukan menentang hanya risau. Wallahu'alam
|
|