Post by zulsniper77 on Apr 3, 2009 8:42:42 GMT 7
"MEMBANTU MENGATASI KEGAWATAN EKONOMI"
(30 Januari 2009 / 3 Safar 1430H)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: "MEMBANTU MENGATASI KEGAWATAN EKONOMI ".
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Selain daripada dunia gagal menghukum keganasan Israel, dunia juga sekarang sedang menghadapi masalah atau kemelut ekonomi yang sangat ketara. Kemelut yang bermula di Amerika Syarikat itu, kini telah merebak ke negara lain seperti negara-negara di Eropah dan di Asia Timur sehingga menjejaskan prestasi ekonomi dunia. Negara kita juga tidak terlepas daripada mengalami kesan yang sama disebabkan hubungan perdagangan antarabangsa yang wujud selama ini. Apa yang membimbangkan kita ialah kadar pertumbuhan menjadi negatif dan pengangguran telah meningkat serta mutu hidup mulai terjejas dikebanyakan negara.
Persoalan besar timbul di sini ialah bagaimanakah situasi ini boleh terjadi?. Jika diteliti, masalah kegawatan ekonomi ini sebenarnya bermula dari sistem kewangan barat yang bergantung kepada sistem hutang untuk menjana pertumbuhan ekonomi mereka. Hutang-hutang ini yang berjumlah berbilion dolar adalah tidak berasaskan kepada asas-asas ekonomi yang kukuh. Akhirnya, ia mengalami kesusahan untuk proses pembayaran balik. Keadaan ini menyebabkan keseluruhan sistem perbankan dan kewangan negara mereka tergugat. Ini diburukkan lagi apabila banyak bank di negara lain yang telah terlibat dengan pemberian pinjaman dan pelaburan antarabangsa menjadi huru-hara.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kesejahteraan ekonomi atau iktisad negara adalah penting kepada kita semua. Ini kerana ia akan menentukan peluang pekerjaan, peluang mencari nafkah dan pendapatan demi kesejahteraan keluarga dan diri kita sendiri. Islam menuntut umatnya agar sentiasa berusaha dan berwaspada untuk memperbaiki tahap mutu hidup serta mengelak dari terjerumus kepada kemelut kemiskinan dan kepapaan. Kemiskinan dan kepapaan akan menyebabkan kita hilang keyakinan diri dan sanggup menggadai maruah diri. Di peringkat yang lebih menakutkan, kepapaan boleh menyebabkan manusia mencari pekerjaan yang tidak bermaruah, rendah akhlak serta menjadi kufur.
Oleh sebab itu, Islam menggalakkan umatnya berusaha dan bekerja dengan tulang empat kerat, bukan menjadi peminta sedekah. Berdasarkan sejarah kehidupan Nabi SAW, kita dapati bahawa baginda sendiri pernah menggembala kambing dan berniaga untuk mencari nafkah yang halal dan bukan mengemis meminta dikasihani orang lain. Dalam keadaan semasa ini pula, sebagai individu, kita semua hendaklah membantu segala usaha untuk mengurangkan kesan buruk dan krisis ekonomi antarabangsa ini. Kita wajib menjalankan kerja dan tugas dengan penuh tekun agar produktiviti dan mutu hasil kerja kita, setanding dengan peringkat antarabangsa. Dengan ini negara kita akan terus menjadi tumpuan pelaburan asing yang boleh membantu menjana peluang pekerjaan.
Bagi mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan dan sektor awam pula, hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan prestasi dengan mengurangkan karenah birokrasi dan prosidur-prosidur yang tidak wajar agar proses sesuatu permohonan itu dapat dipercepatkan. Sekiranya kita sengaja melengahkan kerja yang diamanahkan, maka ini bermakna kemalasan dan kemalasan itu adalah satu sifat keji.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan yang Anas bin Malik RA berkata bahawa beliau sering mendengar Rasulullah SAW mengucapkan doa ini:
Mafhumnya: "Ya Allah aku mohon perlindungan daripada-Mu dari rasa kecewa dan sedih, dari sifat lemah dan malas, juga dari sifat kedekut dan pengecut. Aku mohon perlindungan-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan manusia."
Selain itu, kita hendaklah menjalankan tugas dengan ikhlas untuk mengelak dari terjebak kepada unsur-unsur rasuah atau perkara yang dikutuk oleh Allah SWT. Hal ini dirakamkan dalam firman Allah SWT dalam surah Ahzab ayat 72:
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil."
Manakala mereka yang bekerja sendiri seperti peniaga, petani dan sebagainya, hendaklah menjalankan kerja dengan penuh keikhlasan dan tekun agar hasil kerja kita memuaskan pihak pelanggan dan pembeli. Sesungguhnya Allah SWT akan sentiasa memberi rahmat dan pahala kepada mereka yang menjalankan kerja dengan sempurna kerana Allah sangat suka kepada kesempurnaan.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Adalah fardhu ain ke atas umat Islam membantu menegakkan ekonomi umat Islam masa ini. Salah satu bantuan yang dapat dilakukan ialah membantu usaha pihak pemerintah untuk mengukuhkan ekonomi negara dalam pelbagai aspek. Tanggungjawab ini bukan dipikul oleh pihak pekerja dan peniaga sahaja, bahkan terletak di atas bahu semua rakyat sebagai pengguna. Setiap produk memerlukan pengguna dan pembeli. Justeru, penggunaan adalah satu bahagian penting dalam perbelanjaan negara.
Apa yang penting, umat Islam hendaklah menjadi pengguna yang berhemah, iaitu berbelanja dengan cara yang tidak membazir. Ingatlah bahawa pembaziran itu adalah was-was syaitan. Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 27:
Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
Mimbar menyeru hadirin sekalian, marilah kita berbelanja kepada barang-barang perlu sahaja untuk diri dan keluarga dengan lebih waspada. Barang-barang perlu ini meliputi perbelanjaan untuk makan minum, tempat tinggal yang selesa, persekolahan anak-anak, pengangkutan, kelas tambahan, komputer, rawatan dan perubatan serta pelancongan agar kita dapat memupuk semangat keluarga bahagia.
Dalam masa yang sama, kita hendaklah mengelak dari bersifat boros iaitu keterlaluan dan membazir dengan perbelanjaan yang tidak memberi faedah kepada diri dan keluarga. Inilah makna kewaspadaan dalam cara kita mengurus kewangan sendiri. Amalan kewangan yang tidak boros tetapi berhemah, akan dapat membantu kita membeli hasil keluaran dan perkhidmatan orang lain dan dengan demikian mereka pula akan menerima pendapatan halal dari kita dan seterusnya mengekalkan peluang pekerjaan mereka.
Adalah digalakkan juga agar umat Islam menabung demi masa depan melalui institusi kewangan yang diiktiraf dan sah. Budaya menabung sangat membantu kerana tabungan itu akan memberi sumber untuk pelaburan bagi membina stok modal negara selain digunakan untuk pelaburan dalam sektor-sektor yang penting kepada kita semua.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kesan buruk kegawatan ekonomi ini tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Sebagai mengakhiri khutbah, mimbar menyeru semua pihak, marilah sama-sama kita membantu pihak pemerintah untuk menangani kemelut ekonomi ini supaya kesan buruk kegawatan ekonomi antarabangsa dapat dikurangkan serta peluang pekerjaan dan pendapatan sara diri dan keluarga tidak terhakis sepenuhnya melalui langkah berikut:
Pertama: bekerjasama mengharungi gelombang ekonomi yang tidak menentu ini dengan sabar;
Kedua: memperteguhkan asas ekonomi dan menstabilkan pasaran kewangan dengan meningkatkan daya saing eksport, mengurangkan import dan mengggalakkan penggunaan barangan keluaran tempatan;
Ketiga: mengawal inflasi dengan perbelanjaan yang berjimat cermat dan mengawal perubahan kenaikan harga barang;
Keempat: meningkatkan lagi prestasi pentadbiran kerajaan dan sistem perlaksanaan berdasarkan kecekapan, persaingan, amanah dan sebagainya; dan
Kelima: membangunkan sumber manusia melalui peningkatan hasil kerja buruh yang cekap melalui latihan, latihan semula, menggunakan teknologi yang menjimatkan tenaga dan pengurangan penggunaan buruh asing.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 214:
Maksudnya: "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."