|
Post by ukhtihurairah on Apr 7, 2009 4:08:12 GMT 7
Pas pertahan Nga baca ayat al-Quran
TAIPING: Pas mempertahankan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran dalam siri ceramahnya walaupun perbuatan itu didakwa menghina umat Islam dan berniat memancing undi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, berkata bukan menjadi kesalahan bagi bukan Islam berusaha memahami ayat al-Quran.
"Kalau silap (membaca al-Quran), orang yang mahir pun silap. Saya tak nafikan ada orang Melayu yang tak faham al-Quran. Dia (Nga) nak tunjukkan dia berusaha untuk memahami ayat al-Quran dan mudah-mudahan hidayah datang kepada dia.
"Dalam Islam, orang Islam digalakkan mengetahui agama lain, tak salah orang Islam baca Bible atau kitab agama lain untuk memahaminya. Jadi, jika bukan Islam nak memahami Islam, takkan kita nak sekat dia," katanya pada sidang media di Markas Pas Bukit Gantang di Air Kuning, dekat sini hari ini.
Beliau diminta mengulas desakan pelbagai pihak supaya Nga memohon maaf dan menghentikan perbuatannya kerana mempersendakan agama Islam semata-mata mahu mahu memancing undi kaum Melayu.
Satu laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di sini, kelmarin, susulan rakaman video youtube.com yang memaparkan Nga membaca ayat al-Quran selama satu minit 16 saat.
Dalam rakaman itu, Nga memberi salam secara tidak tepat dan membacakan petikan yang didakwa dari Surah 'Aura' yang tidak ada dalam al-Quran.
|
|
|
Post by zainaljiee on Apr 7, 2009 5:59:43 GMT 7
Pada hemat saya ia bukan suatu isu yang besar. Kenapa Nga berbuat demikian? Ini adalah kesan daripada cara dakwah pendekatan PAS sebelum itu. Saya difahamkan oleh seorang ustaz dari Perak bahawa semenjak Nizar menjadi MB beliau banyak memulakan mesyuaratnya dan perjumpaannya dengan exco dengan membaca beberapa potong ayat tertentu. Ini menyebabkan ada di kalangan exco cina DAP mula mencari al-Quran terjemahan bagi memahami maksud setiap ayat al-Quran yang dibaca oleh MB. Maknanya, situasi itu bukanlah suatu yang janggal lagi sepanjang PR memerintah Perak. Cuma apabila ia berlaku dalam kempen pilihanraya ia menjadi isu. Tambahan pula, pada pandangan saya tindakan Nga itu tidak dilihat cuba mempersendakan al-Quran. Sepatutnya sebagai seorang Islam kita harus bangga kerana ada cubaan orang bukan Islam untuk mengucapkan ayat-ayat al-Quran dalam penerangan sesuatu isu kepada orang Islam yang semsetinya bukan niat mempersendakan. Ini kerana pemahaman Nga bahawa, al-Quran dengan orang Melayu tidak dapat dipisahkan dan ia menjadi dalil bagi mennguatkan sesuatu hujah. Jadi, di depan pengundi melayu tidak salah untuk dia mengucapkan ayat-ayat al-Quran itu. Walaupun ada yang silap dari segi sebutan, itu kita tidak hairan kerana telo lidah cina memang begitu, jangankan bahasa Arab, bahasa Melayu pun mereka sukar nak sebut, tapi kita yang faham, maka fahamlah apa yang hendak disebutkannya itu. Pengalaman kita di Sarawak ini, situasi rakan-rakan yang non muslim mengucap salam, mengucap insya Allah, ya Allah, dan Ya Rabbi kepada rakan-rakan muslim adalah suatu yang biasa berlaku. Tidak pula menjadi isu. Kalau nak dikira mempersendakan al-Quran, banyak lagi tingkah laku kita yang lebih hebat daripada itu yang mempersendakan al-Quran. Tidak perlu saya nyatakan di sini. Anda tentu sedia maklum..Soalnya, kenapa tiada suara bantahan dan laporan polis dibuat oleh pihak tertentu itu? Bersikap jujur dan positiflah kita dalam menilai sesuatu isu itu. Jangan cepat melenting..lebih-lebih lagi dalam suasana kempen, banyak perkara yang boleh dimanipulasikan...Wallahualam..
|
|
|
Post by ukhtihurairah on Apr 7, 2009 6:42:02 GMT 7
Pada hemat saya ia bukan suatu isu yang besar. Kenapa Nga berbuat demikian? Ini adalah kesan daripada cara dakwah pendekatan PAS sebelum itu. Saya difahamkan oleh seorang ustaz dari Perak bahawa semenjak Nizar menjadi MB beliau banyak memulakan mesyuaratnya dan perjumpaannya dengan exco dengan membaca beberapa potong ayat tertentu. Ini menyebabkan ada di kalangan exco cina DAP mula mencari al-Quran terjemahan bagi memahami maksud setiap ayat al-Quran yang dibaca oleh MB. Maknanya, situasi itu bukanlah suatu yang janggal lagi sepanjang PR memerintah Perak. Cuma apabila ia berlaku dalam kempen pilihanraya ia menjadi isu. Tambahan pula, pada pandangan saya tindakan Nga itu tidak dilihat cuba mempersendakan al-Quran. Sepatutnya sebagai seorang Islam kita harus bangga kerana ada cubaan orang bukan Islam untuk mengucapkan ayat-ayat al-Quran dalam penerangan sesuatu isu kepada orang Islam yang semsetinya bukan niat mempersendakan. Ini kerana pemahaman Nga bahawa, al-Quran dengan orang Melayu tidak dapat dipisahkan dan ia menjadi dalil bagi mennguatkan sesuatu hujah. Jadi, di depan pengundi melayu tidak salah untuk dia mengucapkan ayat-ayat al-Quran itu. Walaupun ada yang silap dari segi sebutan, itu kita tidak hairan kerana telo lidah cina memang begitu, jangankan bahasa Arab, bahasa Melayu pun mereka sukar nak sebut, tapi kita yang faham, maka fahamlah apa yang hendak disebutkannya itu. Pengalaman kita di Sarawak ini, situasi rakan-rakan yang non muslim mengucap salam, mengucap insya Allah, ya Allah, dan Ya Rabbi kepada rakan-rakan muslim adalah suatu yang biasa berlaku. Tidak pula menjadi isu.Kalau nak dikira mempersendakan al-Quran, banyak lagi tingkah laku kita yang lebih hebat daripada itu yang mempersendakan al-Quran. Tidak perlu saya nyatakan di sini. Anda tentu sedia maklum..Soalnya, kenapa tiada suara bantahan dan laporan polis dibuat oleh pihak tertentu itu? Bersikap jujur dan positiflah kita dalam menilai sesuatu isu itu. Jangan cepat melenting..lebih-lebih lagi dalam suasana kempen, banyak perkara yang boleh dimanipulasikan...Wallahualam.. Kamek tersangatlah setuju.Islam agama universal.
|
|
|
Post by ukhtihurairah on Apr 10, 2009 16:02:32 GMT 7
Kecam org bukan islam baca Al-Quran bukan pendekatan dakwah-kata Nik Aziz
Anekdot: kalau bacaan org bukan ISlam tidak betul janganlah dikecam sbaliknya tolonglah perbetulkan.Kalau nak kira betul, org melayu (islam) sendiri masih ramai tak betul bacaannya.
|
|
|
Post by mariam1980 on Apr 13, 2009 13:22:28 GMT 7
moga ADUN Nga dpt hidayah alu insyaAllah
|
|
|
Post by zainaljiee on Apr 13, 2009 13:33:47 GMT 7
Itulah harapan kita. Mun Lim Guan Eng (MB PP) sanggup menekankan bahawa idola beliau ialah khalifah Umar Abdul Aziz. Mudah-mudahan kedua-duanya kelak dapat hidayah..
|
|
|
Post by mariam1980 on Apr 14, 2009 9:08:16 GMT 7
aok, yo yang kamek respect., takjub juak kamek maso kamek tauk nyo mpun idol yo khalifah umar abd aziz., sorry to say tp kalah sstgh menteri melayu yg lain.
|
|