Post by zainaljiee on Apr 7, 2009 9:42:59 GMT 7
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
1. Pengenalan.
Isu Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris (PPSMI) menjadi agenda perbincangan oleh pihak-pihak tertentu sejak mutakhir ini. Rancangan yang telah diperkenalkan sejak tahun 2000 itu dalam dasar pendidikan negara, kini telah diragui keberkesanannya. Suara-suara bantahan kian kuat khususnya oleh pejuang bahasa agar ia tidak diteruskan. Gerakan Mansuh PPSMI atau GMP telah pun ditubuhkan oleh kumpulan Datuk Hassan Ahmad.
PPSMI telah diperkenalkan bagi memantapkan lagi kemahiran anak-anak bangsa dalam menguasai kemahiran Bahasa Inggeris di samping dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan lebih baik. Secara tidak langsung, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan turut tergugat. Malah golongan budayawan dan pejuang bahasa Melayu turut melihatnya sebagai merendah-rendahkan kemampuan Bahasa Melayu untuk digunakan mengajar konsep-konsep sains dan matematik. Benarkah Bahasa Melayu tidak mampu menjadi medium menyampaikan kedua-dua bidang ilmu tersebut? atau benarkah Bangsa Melayu itu lemah matematik dan menganggap subjek tersebut suatu yang baru diserapkan ke dalam budaya melayu oleh penjajah barat? Persoalan ini akan saya cuba rungkaikan dalam tulisan yang kecil dan terhad ini.
2. Matematik dan Sains dalam budaya Melayu.
Jika kita teliti dengan penuh mendalam, hubungan budaya Melayu dengan bidang sains dan matematik bukanlah suatu perkara yang baru. malah ia sebahagian daripada unsur-unsur yang meresap dalam seni budaya bangsa Melayu itu sendiri.
Pendidikan sains dan matematik telah diajar ke dalam generasi bangsa Melayu melalui suatu sistem pendidikan yang tidak formal. Malah kaedah dan strategi yang digunakan amat berseni sekali.
Sebagai contoh, dalam mengajar bab pengiraan, ia telah diserap dalam unsur pantun. Satu rangkap pantun yang amat popular dalam kalangan kita ialah seperti berikut:
Dua tiga kucing berlari,
manakan sama si kucing belang;
dua tiga boleh ku cari,
manakan sama si abang seorang.
begitu juga konsep penolakan diajar didalam lagu-lagu rakyat seperti lagu "anak ayam' dan 'sepuluh budak hitam'.
Berdasarkan contoh di atas, konsep matematik telah diajar dan menjadi hafalan mudah oleh masyarakat melayu dalam kehidupan seharian mereka. Ini adalah sebahagian daripada contoh yang dapat dikemukakan, hendak membuktikan bahawa konsep matematik bukan suatu yang baharu dalam masyarakat melayu.
Dalam bidang sains pula, banyak teknologi-teknologi yang telah dihasilkan dalam sektor-sektor tertentu dalam tamadun melayu. Ilmu peleburan besi (dalam pembuatan senjata keris dsb), pertanian, perkapalan dan sebagainya sudah cukup membuktikan sains teknologi sudah ada dalam masyarakat melayu.
Malah apa yang menarik minat dan mengkagumkan saya apabila mendapati teknologi pembuatan kapal selam sudah pun wujud lama sebelum sains Barat menciptakan kapal selam pada abad ke-19. Ini dapat kita ketahui melayu peristiwa Raja Suran yang ingin mengembara ke dalam dasar laut.
"Setelah demikian fikirnya, maka Raja Suran pun menyuruh menghimpunkan segala pandai dan utas; maka dititahkan baginda berbuat peti kaca, berkunci dan BERPESAWAT dari dalam. Maka diperbuatlah oleh segala utas itu sebuah peti kaca seperti kehendak Raja Suran itu. Syahdan, diberi berantai emas SEPULUH mutu. Setelah sudah, maka dibawanyalah ke hadapan Raja Suran. Maka terlalu sukacita Raja Suran melihat perbuatan peti itu, maka baginda memberikan anugerah akan segala hakim dan utas itu, tiadalah terkira-kira banyaknya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam peti itu, dan segala yang di luar semuanya habis kelihatan. Maka dikuncinya oleh baginda pintunya peti itu dari dalam. Maka dihulurkan oranglah ke dalam laut; maka peti itu pun tenggelamlah. Maka Raja Suran pun beberapa melihat kekayaan Allah subhanahu wataala yang amat kuasa. maka peti Raja Suran itu jatuh ke dalam bumi yang bernama Dika."
(Sejarah Melayu m/s:12)
Teknologi robotik:
" Maka Sidi Ali Ghiyatuddin hendak belayar kembali, maka ia pun naik menghadap Raja Syahrun Nuwi membawa persembahan ITIK EMAS bertahtakan ratna mutu manikam, dua ekor, laki-bini dan sebuah pasu emas diisinya air penuh. Maka itik itupun keduanya dilepaskannya di dalam pasu emas itu, maka itik itu pun berenanglah, menyelam, berhambat-hambatan. Maka Raja Syahrun Nuwi pun terlalu amat hairan melihat persembahan itik hikmat itu."
(Sejarah Melayu m/s:46)
Dua contoh di atas membuktikan konsep sains teknologi itu sudah pun didedahkan kepada masyarakat melayu sejak abad ke 17 oleh Tun Sri Lanang (bendahara Johor) yang mengarang kitab tersebut. Maknanya , idea 'kapal selam' dan 'robotik' sudah ditimbulkan. Cuma tinggal untuk dikembangkan sahaja. Namun kita kena faham, penjajahan Barat sudah pun berlaku ke atas Bangsa Melayu ketika itu sehingga membantutkan banyak perkembangan ilmu di kalangan orang Melayu. Istimewanya, Kitab Sejarah Melayu itu telah dikaji dan disalin dan diusahakan semula oleh orientalis Barat iaitu W.G. Shellaber pada tahun 1896. Lama sebelum itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis pada tahun 1878, edisi Belanda 1884.
Tidak mustahil, gagasan idea sains tersebut telah dicedok oleh pihak Barat yang kemudian mengembangkannya dalam tamadun mereka.?
3. Kesimpulan.
Berdasarkan penerangan di atas, jelas kepada kita bahawa sememangnya budaya Melayu memang sudah sebati dengan konsep-konsep matematik dan sains dalam kehidupannya. Cuma bezanya, pendidikan tidaklah dilakukan secara formal seperti sekarang. Malangnya, khazanah matematik dan sains dalam masyarakat kita tidak dibongkar untuk dikembangkan. Kita sekarang ini banyak mengambil contoh dari luar sehingga kita lupa akar umbi bahawa suatu ketika dulu gagasan-gagasan matematik dan sains sudah wujud dalam tamadun Melayu. Walhal, pihak Barat pula telah 'mencuri' harta intelek kita untuk dikembangkan. Kita sekarang pula mencedok dari Barat tanpa menyedari hakikat disebaliknya.
Insya Allah dalam tulisan lain pula saya akan cuba membongkar khazanah matematik dalam tamadun melayu yang khusus membincangkan hal tersebut yang fakta itu kita tidak pernah tahu kewujudannya.
Wallahualam..
Bibliografi;
1. W.G Shellabear, Sejarah Melayu (cetakan ke20) Fajar Bakti Sdn Bhd, KL, 1991.
Nota: Maaf jika ada kelemahan tulisan ini. Mohon teguran daripada kalian..