|
Post by zainaljiee on Apr 12, 2009 6:54:42 GMT 7
Firman Allah (maksud): "Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (al-Baqarah: 168)
Dua garis panduan asas kepada makanan dan pemakanan untuk semua umat manusia dinyatakan dalam ayat di atas iaitu:
1. makanan yang halal (halalan): -halal bukan sahaja dari segi jenisnya atau dari segi penyembelihannya malah juga dari segi cara memperolehnya juga. Sebagai contoh: Ayam adalah makanan halal dimakan. Tapi jika tidak disembelih dengan cara syarak, maka haram dimakan. Begitu juga jika ia disembelih dengan cara syarak, tapi hasil daripada aktiviti curi, pun haram dimakan. Manakala babi memang haram. Walaupun disembelih dengan cara syarak sekali pun ia tetap haram..
2. makanan yang baik (Thaiyibah): -baik di sini merujuk kepada yang berkhasiat dan mendatangkan kebaikan dan kesihatan kepada kita. Contoh. ikan baik untuk protein, namun ada orang elergik dengan sesetengah ikan maka ikan tersebut tidak baik kepada orang tersebut. Makanlah ikan yang lain yang tidak mendatangkan kesan sampingan.
Nota: manusia adalah haiwan yang memerlukan makanan untuk melangsungkan kehidupannya, namun jangan meletakkan hidup ini untuk makan semata-mata....
Wallahualam...
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Apr 13, 2009 12:15:06 GMT 7
benar ya....tp tuk pun salah thread juak thou nya connected ngn makanan nak? hmmm...
|
|