Post by zainaljiee on Apr 13, 2009 7:45:31 GMT 7
1. MUKADDIMAH:
Manusia adalah khalifah yang telah Allah lantikkan untuk mendiami dan memakmurkan bumi ini dengan tugas-tugas yang telah diperintahkan-Nya. Firman Allah (maksud):
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (al-Baqarah: 30)
Dan tugas manusia sebagai khalifah di bumi ini ialah untuk beribadah kepada Allah. Firman Allah(maksud):
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku." (adz-Dzzriyaat:56)
Untuk melangsungkan kehidupan di dunia ini, manusia memerlukan makanan untuk tujuan tumbesaran. Oleh itu, sebelum manusia diciptakan, Allah terlebih dahulu telah menciptakan bumi ini yang lengkap dengan segala bentuk materialnya yang sesuai bakal diperlukan oleh manusia dalam melangsungkan kehidupannya seterusnya memudahkan ia untuk melaksanakan tugas pentingnya sebagaimana tujuan ia diciptakan.
Di bumi ini penuh dengan sumber makanan bagi manusia. Manusia perlu berusaha untuk mendapatkannya. Firman Allah (maksud):
"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya)." (al-Mulk:15)
Oleh itu, kita perlu mengambil berat tentang makanan yang kita ambil bagi tujuan tumbesaran tubuh badan kita. Ini kerana tubuh badan manusia dapatlah dianggap sebagai hasil daripada pemakanannya. Kesihatan tubuh badan bergantung kepada apa yang kita makan. Oleh itu, keputusan seharian yang dibuat berkaitan dengan aspek kesihatan kita perlu diatur dengan baik dan tidak dipengaruhi oleh pseudosains dan fadisme.
Kesihatan tubuh badan amat penting agar mudah untuk kita beribadah; Sabda Nabi (maksud):
"Mintalah keampunan dan kesihatan kepada Allah s.w.t. Tidak ada sesuatu pun lebih baik diberikan kepada manusia, setelah yakin (kepada Allah s.e.t.) selain kesihatan yang dapat membantunya melaksanakan urusan-urusan agama dan dunia." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sejak akhir-akhir ini, telah muncul pelbagai kaedah perubatan baru antara lainnya ialah terapi menggunakan makanan atau dikenali "terapi tanpa ubat". Kaedah ini bukanlah suatu yang baru malah telah wujud sejak zaman Apecrate lagi. Seorang doktor Yunani berkata, "jadikanlah makanan sebagai ubatmu dan ubatilah setiap pesakit menggunakan tumbuhan yang terdapat di persekitaran kerana ia cepat sembuh."
bagi umat Islam, sudah pasti kaedah Rasulullah sebagai contoh ikutan di mana Rasulullah juga mengamalkan kaedah perubatan berlandaskan satu prinsip, iaitu menjadikan sari pati makanan sebagai ubat. Hal ini akan diperjelaskan melalui siri tulisan ini nanti.
2. Apa Itu Makanan dan Pemakanan?
Setiap makanan yang kita makan merupakan sumber nutrien yang akan diserapkan dalam tubuh badan kita. Makanan mernagkumi semua bahan pepejal atau cair yang masuk ke dalam saluran pencernaan dan digunakan untuk menjaga dan membina tisu tubuh, mengawal atur proses-proses tubuh dan membekalkan tenaga untuk manusia tersu hidup.
Makanan mengandungi pelbagai sebatian organik dan bukan organik yang terdiri daripada unsur-unsur protein, lipid, karbohidrat, mineral, vitamin dan air,
Berikut nutrein-nutrien yang diperlukan:-
1. Protein sebagai sumber asid amino seperti Histidina, Isoleusina, Leusina, Lisina, Metionina, Fenilalanina, Treonina, Triptofan dan Valina.
2. Karbohidrat sebagai sumber Glukosa
3. Lemak sebagai sumber Asid linoleik
4. Mineral sumber (i) Makro: kalsium, Fosforus, Natrium, Kalium, Klorida, magnesium, Sulfur (ii) Mikro : Ferum, Iodida, Zink, Kuprum, mangan, Kobalt, Fluorida, Selenium, Kromium, Molibdenum
5. Vitamin larut lemak terdiri vitamin A, D, E, K
6. Vitamin larut air terdiri Tiamina (B1), Riboflavin(B2), Niasin(B3), Piridoksina (B6), Kobalamin(B12), Asid askorbik, Asid folik, Biotin, Asid Pantotenik dan Kolina.
Sebatian organik ini terdiri daripada protein, lipid, karbohidrat, dan vitamin. Manakala unsur bukan organik ialah air dan mineral.
Kesemua juzuk-juzuk makanan ini dikenali sebagai nutrien. Untuk mendapatkan kesemua nutrien yang diperlukan untuk fungis yang normal, tubuh kita mesti bergantung kepada pemilihan makanan yang bijak. Nutrien-nutrien yang diperlukan untuk tujuan fungsi yang normal tersebut seperti yang telah dinyatakan di atas.
Pemakanan pula bolehlah didefinisikan sebagai berikut:
"kombinasi proses yang melaluinya organisma hidup, menerima dan menggunakan bahan makanan yang diperlukan untuk mengawal fungsi-fungsinya dan untuk pertumbuhan dan membaharui komponennya."
Sir Harold Himsworth memberi takrif "pemakanan adalah analisis mengenai kesan makanan dan juzuk-juzuknya ke atas organisma hidup."
3. Penutup:
Dengan penerangan ringkas di atas, fahamlah kita betapa pentingnya kita menitik beratkan soal makan dan pemakanan kita bagi tujuan kesihatan tubuh badan. Malah, perlu kita ingat, sebagai muslim, setiap apa yang kita lakukan jika niatnya untuk mendapat keredhaan Allah maka ia dianggap sebagai amal ibadah seperti tuntutan ayat 56 surah adz-Dzaariyaat tersebut. Oleh itu kita perlu mengikut panduan-panduan yang telah digariskan oleh al-Quran dan sunnah Nabi dalam urusan makan, makanan dan pemakanan kita. Di sinilah garis pemisah kehidupan seseorang muslim dengan yang bukan muslim. Walaupun pekerjaannya sama iaitu makan tetapi nilainya berbeza di sisi Allah.
Wallahualam..
Bibliografi:
1. Al-Quran terjemahan
2. Makanan Kegemaran Rasulullah(terjemahan), Prof. Dr. Abdul Basith Muhammad as-Sayyid, Synergy Media, KL
3. Makanan, Pemakanan dan Terapi Diet (terjemahan), Marie V.Krause dan L.Kathleen Mahan, DBP, KL, 1993.