Post by laiey on Mar 6, 2009 16:12:07 GMT 7
Perancangan untuk mencabar Melayu dan ISLAM....
APA KATA ANDA?
Benarkan bahasa Mandarin dalam urusan pentadbiran kerajaan
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Chong Eng menggesa kerajaan membenarkan penggunaan pelbagai bahasa termasuk Mandarin dalam urusan pentadbiran agensi kerajaan.
Beliau berkata, ini sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai bangsa dan sebab itu pelbagai bahasa harus dibenarkan bagi menepati maksud berkenaan.
''Kita boleh menggunakan pelbagai bahasa di papan tanda jalan, lapangan terbang dan dalam ujian memandu atau kursus-kursus yang dianjurkan seperti kursus penjaja dan pengasuh kanak-kanak.
''Seperti dalam ujian yang ingin kita uji ialah ilmu, bukan nak uji bahasa. Kerana bahasa ini menjadi halangan bagi sesetengah golongan.
''Ini juga menyebabkan berlakunya kegiatan lesen terbang dan bayar wang untuk dapatkan lesen memandu," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Chong Eng yang juga Pengerusi Wanita DAP Kebangsaan mencadangkan kepada kerajaan supaya subjek Bahasa Mandarin diajar di sekolah kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil memandangkan kepentingan bahasa tersebut sekarang.
Kata beliau, jika tidak dapat menguasai sepenuhnya sekalipun bahasa tersebut, sekurang-kurangnya murid di negara ini dapat menguasai secara lisan bahasa Mandarin.
''Kalau tak dapat belajar tulis, boleh kuasai secara lisan yang boleh bantu mereka apabila hendak cari kerja.
''Jadi kita tak boleh hanya mementingkan bahasa ibunda kita sendiri. Adalah penting untuk memikirkan generasi baru. Lebih baik kita kuasai banyak bahasa, berbanding dengan menguasai satu bahasa sahaja," jelasnya.
Pada masa sama, Datuk Baharom Mohamed (BN-Sekijang) yang mencelah, membangkitkan tentang kesukaran untuk memahami apa yang diungkapkan Chong Eng itu.
''Saya melihat Bukit Mertajam bercakap tentang bahasa tetapi saya kadang-kadang daripada dulu tidak faham apa yang diucapkannya.
''Saya tak tahu sama ada kita boleh benarkan bahasa Malaysia pasar ke bahasa rojak. Kadang-kadang perkataan itu tidak jelas," katanya.
Menjawab celahan Baharom itu, Chong Eng menyalahkan sistem pendidikan negara yang menyebabkan beliau tidak menguasai dengan baik bahasa Malaysia seperti yang dibangkitkan wakil Sekijang itu.
''Kalau Sekijang tidak faham, itu bukan salah saya, kerana saya adalah produk sistem pendidikan Malaysia.
''Saya di sekolah rendah guna bahasa pengantar dalam Mandarin, apabila sekolah menengah guna bahasa Inggeris dan apabila ke universiti kita guna bahasa Malaysia," katanya.