Post by zainaljiee on May 4, 2009 10:18:29 GMT 7
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Serangan Wabak Selesema Babi.
Baru-baru ini, dunia sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi wabak yang menyerang kehidupan manusia sehingga menimbulkan suasana panik dalam kalangan warga dunia. Wabak Selesema Babi atau Influenza A yang dibawa oleh virus H1N1 telah dikesan di Mexico dan dengan cepatnya merebak ke serata dunia. Wabak yang tidak kenal erti batas sempadan pasport ini telah menular bagaikan segerombolan tentera Gengis Khan menerjah masuk ke negara-negara lain. Dari sebuah negara yang gagah seperti Amerika Syarikat hinggalah negara angkuh Israel turut tidak terlepas daripada ancaman virus ini. Ia menyerang bagaikan membabi buta.
Setakat ini, negara Mexico mancatat korban yang tertinggi akibat wabak Selesema Babi ini iaitu 176 kematian, 49 disahkan menghidap dan 2500 kes disyaki menghidap selesema ini. Amerika Syarikat pula mencatatkan 1 kematian dan 91 disahkan mengidap wabak ini. Keadaan ini menyebabkan seluruh dunia bertindak untuk mengekang penularan wabak ini. Dalam hal ini, negara kita, Malaysia tidak ketinggalan, malah bertindak pantas dengan membuat saringan di pintu-pintu masuk ke negara ini khususnya di lapangan terbang KLIA. Para penumpang yang tiba dari negara-negara yang telah dijangkiti wabak ini terpaksa melalui tapisan yang ketat untuk diperiksa agar tidak membawa bersama 'pelancong' tidak diundang ini.
Negara Mesir pula telah mengambil langkah dengan menjalankan operasi membunuh sebanyak 250 000 ekor babi di negara itu bagi mengawal amukan wabak H1N1 ini. Tindakan Mesir ini mengingatkan kita dengan pengalaman Malaysia suatu ketika dulu yang dilanda wabak JE. Berpuluh-puluh ribu ekor babi telah ditembak bagaikan musuh oleh angkatan tentera kita di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan. Berperang dengan babi adalah pengalaman pertama angkatan tentera kita. Akhirnya JE mampu kita bendung daripada terus merebak.
Kini, wabak yang dibawa oleh haiwan haram itu sekali lagi menjadikan warga dunia tidak tidur lena. Suasana panik menyelubungi atmosfera dunia. Ini kerana wabak ini disebarkan melalui udara. Maka, sekali lagi manusia menyembunyikan keangkuhannya di sebalik topeng muka.
Bagi orang yang beriman, apa-apa jua musibah yang melanda adalah ujian daripada Allah. Musibah ini seolah-olah bagaikan 'rotan' bagi menghukum dan menyedarkan manusia daripada kesalahan yang telah mereka lakukan. Selama ini kehidupan penuh dengan kemaksiatan. Kemungkaran berleluasa. Syariat agama mula dijauhi malah ada yang berani mempertikaikannya. Manusia sibuk mengejar urusan dunia hingga lupa kepada urusan akhirat. Tuhan bagaikan tidak wujud. Keangkuhan manusia cuba hendak mengatasi kehebatan Allah. Lalu, Allah dengan rahmatNya jua mengutuskan 'bala tenteraNya' ke atas manusia agar manusia insaf siapakah dirinya.
Inilah nasib yang pernah menimpa Firaun pada zaman Nabi Musa a.s. suatu ketika dahulu. Keangkuhan Firaun sehingga mendakwa dirinya tuhan benar-benar sudah melampaui batas. Akibatnya, Allah telah menurunkan pelbagai bentuk bala dan musibah ke atas Firaun dan rakyatnya. Wabak kehadiran kutu yang terlampau banyak, begitu juga debgan belalang yang jumlahnya tidak terhingga memusnahkan tanaman., wabak penyakit yang menyebabkan darah sentiasa keluar dari mulut dan nanah keluar dari rongga hidung dan telinga. Firman Allah (maksud):
"Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyobongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa."(al-'Araf:133).
Tidak tahan dengan azab itu, akhirnya Firaun meminta pertolongan nabi Musa untuk memohon kepada kepada Allah bagi menghilangkan azab tersebut. Firman Allah:
"Dan ketika mereka ditimpa azab mereka pun berkata:"Wahai Musa, mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu dengan (perantaraan) kenabian yang diketahui Allah ada pada sisimu, Sesungguhnya jika kamu dapat menghilangkan azab itu daripada kami, pasti kami akan beriman kepadamu dan akan kami biarkan Bani Israel pergi bersamamu." (al-'Araf:134)
Apa yang berlaku, setelah azab itu dihilangkan, kenagkuhan Firaun semakin menjadi-jadi. janjinya telah dimungkiri. Nabi Musa dan Bani Israil terus ditindas dan diancam bunuh. Ini menyebabkan nabi Musa telah membawa keluar kaumnya dari bumi Mesir yang akhirnya menyaksikan kematian Firaun ditelan oleh lautan semasa mengejar Nabi Musa dan kaum Bani Israel.
Begitulah, jika manusia semakkin angkuh tidak kira pada era manapun, Allah akan mengutuskan musibah-musibahnya bagi menyedarkan manusia tentang kewujudanNya, dan insaf daripada melakukan kemungkaran.
Tragedi yang melanda dunia dengan penularan wabak Selesema Babi ini perlu diambil iktibar oleh kita sebagai orang yang mengaku telah beriman kepada Allah. Marilah kita kembali kepada jalan allah di atas kesesatan dan kealpaan kita selama ini. Di samping berusaha dengan kaedah saintifik, jangan pula kita lupa dengan kaedah doa sebagai usaha kita memerangi wabak ini daripada terus menular. Nabi Musa pernah berdoa untuk menghilangkan wabak melanda Mesir dahulu, apatah lagi kita yang lemah ini.Mohonlah kepada Allah agar dijauhi daripada penyakit ini.
Janganlah kita tergolong dalam golongan manusia yang semakin angkuh tatkala musibah menimpa. Kecanggihan teknologi bagi memerangi wabak itu menjadikan manusia masih lagi angkuh dengan mendakwa kemampuan mereka membendung wabak tersebut. Nauzubillah.
Wallahualam.