Post by zainaljiee on May 5, 2009 8:31:59 GMT 7
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Gizi Makanan Yang Seimbang
Untuk hidup, kita perlu makan. Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia. Oleh kerana itulah, Islam sebagai agama yang syumul turut memberi garis panduan kepada manusia dalam memilih makanan. Halal dan haram merupakan garis panduan yang perlu dititik beratkan tatkala memilih makanan.
Di samping itu juga, pemilihan makanan perlu menitik beratkan soal khasiat dan kesannya kepada kesihatan tubuh badan. Ini penting kerana tubuh badan yang sihat melalui pemakanan akan memudahkan kita beramal ibadah dengan selesa dan sempurna.
Oleh itu, kita perlu tahu tentang gizi (zat) makanan yang kita ambil sesuai dengan keperluan tubuh badan kita. Gizi makanan adalah merujuk kepada diet ataupun makanan yang mengikut ukurannya yang betul. Diet yang seimbang merujuk pula kepada makanan yang diambil yang mengandungi seluruh keperluan tubuh manusia iaitu yang terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, air, vitamin dan mineral.
Pengambilan gizi makanan yang seimbang ini penting agar tidak mendatangkan kesan negatif kepada tubuh badan sekiranya diambil secara berlebihan atau terlalu kurang.
Firman Allah (maksud):
"Dan makanlah dan minumlah jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas."(al-'Araf:31)
Ayat ini membawa pengertian yang sangat luas. Antaranya arahan agar menjaga pemakanan agar selaras dengan gizi yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk menentang pelbagai penyakit yang berpunca daripada pemakanan yang tidak terkawal.
Dalam ayat lain Allah telah berfirman (maksud):
"Dialah yang menurunkan hujan (al-ma') dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya. Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanam-tanaman (az-Zar'a) dan pokok-pokok zaitun dan tamar (an-nakhil) serta anggur (al-a'nab); dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya." (an-Nahl:10-11)
Menariknya ayat ini jika dikupas dengan lebih mendalam. Allah telah menurunkan air hujan (al-ma') untuk kegunaan manusia sebagai minuman, siraman kepada tanaman dan untuk kegunaan gembala (haiwan ternak). Manakala az-zar'a yang disebutkan Allah dalam ayat ini ialah tanaman makanan asasi sepereti gandum, beras, kacang, barli dan sebagainya. Pohon zaitun pula simbolik kepada tumbuhan yang membekalkan minyak tumbuhan kepada manusia. An-nakhil pula merupakan tamar kering yang manis dan al-a'nab pula merujuk kepada anggur yang boleh dijadikan jus minuman begitu juga dengan buah-buahan yang lain.
Jika diteliti dengan cermat, ayat ini dimulakan dengan al-ma', az-zar'a, az-zaitun, al-nakhil dan al-a'nab.
1. al-ma' : mengambil air sebagai minuman sebelum menjamah makanan.
2. az-zar'a : memakan makanan asasi seperti beras, gandum, barli dan seumpamanya. Ini merujuk kepada karbohidrat dan protein.
3. az-zaitun : simbolik kepada lauk pauk dalam hidangan iaitu sumber lemak dan protein.
4. an-nakhil : pemanis atau pencuci mulut
5. al-a'nab : memakan buah-buahan yang boleh membekalkan vitamin dan jus supaya makanan dapat dicernakan dengan baik.
Dalam hal ini juga, kita perlu mengetahui tentang Piramid Makanan yang mengandungi empat kumpulan makanan asas. ia terbahagi kepada 4 aras tertentu.
Aras 1 : Aras 1 dalam Piramid makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat komplek yang merupakan sumber tenaga. Contohnya nasi, roti, bijiran, biskut dan seumpamanya. Kumpulan ini perlu diambil banyak sekitar 8 -12 sajian sehari.
Aras 2 : Bahagian ini meletakkan kumpulan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini kaya dengan vitamin. mineral dan serat. Digalakkan makan dengan banyak dan pelbagaikan pilihan dalam setiap hidangan. Pengambilan sekurang-kurangnya 5 sajian.
Aras 3 : Kumpulan ini mengandungi daging, ayam, ikan dan kekacang. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium.Pengambilan dalam kadar sederhana iaitu sekitar 1 -2 sajian.
Aras 4 : Kumpulan ini mengandungi lemak, minyak dan gula. Dianjurkan agar diambil dalam kadar yang sedikit sahaja.
Kesimpulannya, pengambilan gizi makanan yang seimbang dengan kadar yang sesuai untuk keperluan tubuh badan sangat digalakan. Ia bagi menjamin (dengan izin Allah) kesihatan yang baik. Malangnya, ramai di kalangan kita selalu mengabaikan hal-hal pengambilan makanan yang betul. maka tidak hairanlah jika kita mengalami pelbagai kesulitan kesihatan lantaran kecuaian kita sendiri. Walhal, al-quran sudah pun memberi garis panduan pemakanan yang baik untuk dipatuhi.
Wallahualam.
Sumber rujukan:
1. Al-Quran terjemahan
2. Najah Nadiah Amran, Pemakanan Seimbang Menurut al-Quran dan Sunnah, Majalah Anis Oktober 1999.
3. Frederick J. Store dan Margaret Mc Williams, Pemakanan Untuk Hidup, DBP, 1990