|
Puisi
Mar 10, 2009 22:15:01 GMT 7
Post by zainaljiee on Mar 10, 2009 22:15:01 GMT 7
Di Bawah Kubah Suci (Buat al-Aqsa yang dirindui..)
Di bawah kubah suci ada zikir kian lelah membilang tasbih membilang batu membilang peluru membilang kematian membilang syuhada membilang air mata membilang balu membilang yatim piatu membilang damai membilang hari-hari muka bilakah derita ini berakhir?
Di bawah kubah suci ada zikir kian lelah menanti subuh hening penuh munajat menanti Saladin memangkas pedangnya di leher zionis!
|
|
|
Puisi
Mar 13, 2009 8:01:24 GMT 7
Post by zainaljiee on Mar 13, 2009 8:01:24 GMT 7
Sebongkah Batu dan Sebutir Batu (Buat al-Aqsa yang kurindui damainya)
Di sini, bumi yang penuh barakah sebongkah batu kepingin turut serta menemani junjungan Nabi mengadap Yang Maha Agung pada malam mikraj sedih, pilu hatinya tatkala ditegah Jibril.
Di sini, bumi yang penuh barakah sebutir batu kepingin untuk syahid menjadi saksi kepada perjuangan suci yang dilempar kepada musuh gembira hatinya tatkala sebutir peluru menebusi tubuhnya pecah berderai menjadi baja perjuangan seterusnya...
|
|
|
Puisi
Mar 13, 2009 12:17:55 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Mar 13, 2009 12:17:55 GMT 7
selalu ka kitak berpuisi masa hari Guru?
|
|
|
Puisi
Mar 13, 2009 22:20:46 GMT 7
Post by zainaljiee on Mar 13, 2009 22:20:46 GMT 7
selalu ka kitak berpuisi masa hari Guru? Belum pernah. Tapi melatih pelajar bertanding sajak selalu..Pernah sampai peringkat kebangsaan dolok..Sajak pun baru nak bertatih dalam akhbar dan majalah..
|
|
|
Puisi
Mar 13, 2009 22:28:51 GMT 7
Post by ibnuhisyam on Mar 13, 2009 22:28:51 GMT 7
Sheikh jom, lepak kat pengumuman engkabang tajdid
|
|
|
Puisi
Mar 22, 2009 19:48:58 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Mar 22, 2009 19:48:58 GMT 7
|
|
|
Puisi
Mar 24, 2009 5:15:56 GMT 7
Post by dayangnoorasmah on Mar 24, 2009 5:15:56 GMT 7
i like this one
|
|
|
Puisi
Mar 27, 2009 11:59:26 GMT 7
Post by mariam1980 on Mar 27, 2009 11:59:26 GMT 7
Ibu,., Andai hilangmu bak matahari terbenam menjemput malam pastikan timbul semula seusai fajar.
Ibu, Andai pergimu bak pelangi indah pastikan datang kembali tika rintik bertemu sinar.
Ibu, Andai kau tiada bak putaran musim pastikan bersilih ganti selang tiga purnama.
Namun lenyapmu hanyakan muncul di saat tiupan sangkakala kedua.
pendeklamator : mariam sensei ;D malam penghayatan kem pengawas smk kabong '08
|
|
|
Puisi
Mar 27, 2009 12:08:08 GMT 7
Post by mariam1980 on Mar 27, 2009 12:08:08 GMT 7
Kucuba damba mimpi yang indah Lalu kulamar mimpi jelita Dadah durjana memasang helah Tertusuk jarum noda dan dosa.
Otak siapa terluka akhirnya Tentu serebelum aku yang punya Medula oblongata kehilangan punca Fungsi serebrum kurang sempurna
Lalu Jam randik kini berdetik Di dalam tetingkap jantung Himpunan jarum berkarat membekas di ruang sinaps Taman paru-paru hangus, hitam! Kapilari darah kontang dek pencemaran Kawanan jerung mengganas di tasik usus Hujan asid membasahi hempedu Aduh! Aku nyaris hancur, nyaris lebur!
Dadah itu ibarat madu Andai kau pilih yang tinggi mutu Dadah itu racun padamu Andai engkau mudah tertipu
Duhai teman yang dikasihi Sedarlah dari alpa dan leka Dadah jangan disalah erti Ghairah membawa noda dan dosa.
tempat ke-3 pertandingan puisidra bahagian betong smk kabong '07
|
|
|
Puisi
Mar 27, 2009 12:13:50 GMT 7
Post by mariam1980 on Mar 27, 2009 12:13:50 GMT 7
Cinta syahdu fitrah manusia cinta pertama kepada Yang Maha Esa tanpanya bisa merobek jadi sengsara itulah tiang seri keindahan sebuah cinta
Cinta sejati kekadang hanya sementara walaupun janjinya sehidup semati bersama cinta sejati dari mata turun ke hati kehidupan susah dan senang tetap dihayati
Ada kalanya cinta membawa derita ada juga yang membawa sinar bahagia cinta boleh berubah bila-bila masa tika itu dua insan jadi sengsara
Cinta di hati boleh jadi gerhana pabila terlerai kasih yang pernah dibisikkan cinta.., suatu anugerah Yang Maha Kuasa tidak terungkap untuk tafsirnya
Cinta kudus mewarna kehidupan cinta di bibir hanya lamunan rasa cintakan Islam akan berterusan cinta sejati sanggup berjuang apa saja
Ada insan cintanya pada harta benda ada insan cintanya melepaskan nafsunya ada insan cintanya membabi buta ada insan memburu cinta di mana sahaja Ada apa dengan cinta.., sesekali terasa rindu nk mencoret
|
|
|
Puisi
Mar 27, 2009 12:17:37 GMT 7
Post by mariam1980 on Mar 27, 2009 12:17:37 GMT 7
Hijrah adalah perjalanan mencari kebenaran memerangi kebatilan.
Hijrah adalah perubahan dari kegelapan kejahilan menuju nur kemajuan.
Hijrah adalah kemerdekaan dari belenggu kemungkaran kepada restu ketaqwaan.
Hijrah adalah pengorbanan dari lembah kejahatan menuju mercu kebaikan.
Hijrah adalah perjuangan menjatuhkan kezaliman menegakkan keadilan.
Hijrah adalah ujian kecintaan antara nafsu dan iman antara ukhrawi dan keduniaan.hijrah itu pengorbanan..,hijrah itu pjuangan.., eh., blagu gik jadinya..,
|
|
|
Puisi
Mar 27, 2009 12:25:43 GMT 7
Post by mariam1980 on Mar 27, 2009 12:25:43 GMT 7
Kekasih Bagiku adaLaH DIA naN Esa & jua mereka NaN memahami diriku segalanya adalah teruntuk-Mu... agar persinggahan nan sekejap di alam buana ini akan terusan menjanjikan kebahagiaan rinduku terusan mengintai erti SeTia-Mu..,
|
|
|
Puisi
Mar 27, 2009 13:07:44 GMT 7
Post by mariam1980 on Mar 27, 2009 13:07:44 GMT 7
(dedikasi buat anak2 SMK Kabong) Harapan yang kau pertaruhkan Sudah hancur, roboh bersama peribadi Kau jatuh berkecai Dipijak kaki kawan sendiri.
Sekarang kau tidak punya apa-apa daya Selain serpihan api jiwa Pusaka pahlawan yang bernyala.
Pabila kekosongan mengisi hidup sendiri Kau kehilangan peribadi Dan mengembara dengan rangka mati Menjaja kehormatan, menjual kemuliaan Dan pabila tua, satu-satu merangkak pulang Jijik mata memandang...!
Semua ini meminta pembaharuan segera Pada mereka yang dipertaruhi harapan Yang sekarang telah patah, kecewa dan Aduh, sengsara jiwa!
Anak muda Kau masih punya kaki sendiri Pasti ada keberanian berdiri Walau di atas timbunan bara Atau merangkak di lorong beronak bisa!
Peduli apa pada mereka Yang kau pertaruhkan seribu harapan Kalau begini tiupan melanda Mari,.. aku sanggup membantu Biar kau bentuk peribadi tinggi Berdiri dan berharap pada diri Meminta sejarah kehidupan manusia baru.
Hai anak muda Aku sebenarnya mempersajakkan dirimu di sini Dirimu di sini Bentengkan dirimu dengan pakaian iman seluruh Nescaya selamat di perbukitan rasa Meneruskan rapsodi perjuangan Meniti hari esok Yang entah bila kan berakhir... pendeklamator : mariam sensei ;Dddeklamasikan semasa phimpunan smpena hari plancaran kempen budi bahasa d SMK Kabong '06, suatu ketika dahulu..,
|
|
|
Puisi
Mar 27, 2009 13:43:32 GMT 7
Post by ibnuhisyam on Mar 27, 2009 13:43:32 GMT 7
Ya baruk puisi Mujahidah
|
|
|
Puisi
Mar 27, 2009 18:39:31 GMT 7
Post by mariam1980 on Mar 27, 2009 18:39:31 GMT 7
Tanggal 16 Mei saban tahun Diraikan, satu pengiktirafan dan keramat Untuk semua warga pendidik Saban, kerap aku mengingatimu
GURU Jasamu bermula Sejak melangkah ke alam baru Alam persekolahan hingga kini Meskipun saban waktu silih berganti Kalau dibilang tiada terbilang bilanganmu Betapa ramainya guruku Tiada terdaya kuhafalkan namamu Apatah lagi jasa dan pengorbananmu.
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
GURU Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
GURU Aku tak bisa menimba Laut China Selatan Sebagai tinta catatan Aku tak bisa rentangi jambatan emas sebagai laluan Aku tak bisa bina Taj Mahal seperti Shah Jahan Aku tak bisa kumpul permata sedulang Aku jua tak bisa balut Borneo sebagai hantaran Namun aku pasti dan yakin Suatu hari nanti Terbentang terowong Borneo – Malaya Walaupun meniti ribuan tahun GURU Tiada apa yang bisa kubalas Hanya bebuih alun Laut China Selatan Rakaman desiran ombak di bibir pantai Lukisan kepulan awan berarak setia Kupahat namamu sepanjang pantai kenyalang Kukumpul wewajah mesra anak kenyalang Kucatatkan pada potret Saban, Beting Maro dan Kabong Sebagai hadiah harimu
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.
GURUKU Salam dari kejauhan ku utuskan untukmu Dipanjatkan doa moga dirimu bahagia sentiasa Ya Tuhan Rahmatilah dia...
GURUKU Kapan bertemu lagi ?
Pendeklamator, Cikgu Razali Hj Sulong Cikgu Mariam Hj Allem SMK KABONG
Adaptasi nukilan tinta; ABG 5622 Miri.
*sajak ini dideklamasikan smpena perayaan hari guru peringkat bahagian Betong, 26 Jun 2006 d SMK Ulu Layar..,
|
|