|
Post by gengcombat on Mar 22, 2009 9:19:15 GMT 7
Kongsikan Tazkirah dari Hadith-Hadith disini
|
|
|
Post by gengcombat on Mar 22, 2009 9:35:19 GMT 7
Allah sukakan Bersin dan bencikan Menguap. Apabila Bersin ucaplah "Alhamdulillah". Hendaklah orang yang mendengar mengucap "Yarhamkallah". - Hadith Timizi
|
|
|
Post by gengcombat on Mar 22, 2009 9:39:55 GMT 7
Allah bencikan Menguap.. Apabila menguap tahanlah seupayanya. Jangan berkata "Hah Hah" kerana itu dari syaitan yang syaitan ketawa mendengarnya. - Hadith Tirmizi.
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Mar 22, 2009 13:05:14 GMT 7
padu...
|
|
|
Post by gengcombat on Mar 22, 2009 13:48:26 GMT 7
Telah aku tinggalkan kepada kamu semua, kamu tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang dengannya, Kitab Allah dan Sunnahku. - Hadith Muslim)
|
|
|
Post by gengcombat on Mar 22, 2009 13:50:43 GMT 7
Apa sahaja yang kamu nafkahkan kerana mencari reda Allah akan dibalas (pahala dan lain-lain) sehinggakan apa yang kamu suap kemulut isterimu (akan dibalas). - Hadith Bukhari
|
|
|
Post by gengcombat on Mar 23, 2009 15:05:04 GMT 7
Seburuk-buruk meminta tangguh ialah ketika kehadiran maut(ajal) dan seburuk-buruk penyesalan ialah ketika hari kiamat - Hadith Baihaqi
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Mar 24, 2009 13:36:06 GMT 7
|
|
|
Post by MEOR KAHARUDDIN on Mar 26, 2009 0:18:57 GMT 7
Perkara yang paling banyak membawa seseorang ke syurga ialah Taqwa dan Akhlak Mulia. Sedangkan yang paling banyak membawa ke neraka ialah Mulut dan Kemaluan (H. Tirmizi)
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Mar 30, 2009 4:54:40 GMT 7
Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.
-- HR. Bukari dan Muslim
|
|
|
Post by gengcombat on Mar 31, 2009 20:36:47 GMT 7
Jika suami mengajak isteri untuk bersamanya, tetapi isterinya menolak, suaminya tidur dengan perasaan marah, maka isteri itu dilaknat malaikat hingga subuh - hadith Muslim
|
|
|
Post by gengcombat on Mar 31, 2009 20:38:44 GMT 7
Sesiapa yang bersabar, Allah akan lipat gandakan (pahala)nya, sesiapa yang menderhakai Allah akan menerima azabNya - Hadith Baihaqi
|
|
|
Post by gengcombat on Mar 31, 2009 20:41:23 GMT 7
Sebaik-baik manusia di sisi Allah ialah orang yang terlebih dahulu memberi Salam (kepada orang lain) - Hadith AbuDaud
|
|
|
Post by gengcombat on Mar 31, 2009 20:45:52 GMT 7
Mengemari dunia itu akan meletihkan penggemarnya didunia dan diakhirat, sedangkan zuhudkan dunia akan merehatkan tuannya didunia diakhirat - Ibnu Sammak
|
|
|
Post by gengcombat on Mar 31, 2009 20:52:28 GMT 7
Nabi S.A.W ditanya: Apakah amalan yang paling baik? Jawab s.a.w, Beriman kepada Allah! Lepas itu? Jawab s.a.w, Jihad pada jalan Allah! Lepas itu? Jawab s.a.w, Haji Mabrur -Hadith Muslim
|
|