|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 18:00:50 GMT 7
7 yang mendapat naungan Allah: 1. Pemimpin yang adil, 2. Pemuda yang membesar dalam ibadat, 3. Orang yang hatinya mengingati masjid, 4. Orang yang merahsiakan sedekah, 5. Lelaki yang menolak ajakan zina, 6. Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah, 7. Orang yang menangis kerana mengingati Allah. -Hadith Muslim
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 18:09:10 GMT 7
Apabila kamu memasuki masjid maka hendaklah kamu solat 2 rakaat (Sunat Tahiyatul Masjud) sebelum kamu duduk..(dan bacalah doa masuk masjid) - Hadith Muslim
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 18:11:02 GMT 7
Perkara yang paling banyak membawa seseorang ke syurga ialah Taqwa dan Akhlak Mulia. Sedangkan yang paling banyak membawa ke neraka ialah Mulut dan Kemaluan - Hadith Tirmizi
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 18:13:28 GMT 7
Nabi s.a.w menasihati Abu Zar : Bertaqwa kepada Allah kerana itulah modal kamu (bertemu Allah), Bacalah Quran dan Zikir kerana itulah cahaya bagimu didunia..- Hadith Tobrani
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 18:15:08 GMT 7
NasihatNya saw lagi: Jangan banyak ketawa kerana itu mematikan hati dan menjatuhkan air muka, Berjihadlah kerana itu pengabdian diri umatku (kepada Allah) - Hadith Tobrani
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 18:17:03 GMT 7
Haram bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung lebih dari 3 hari kecuali berkabung kerana suaminya iaitu 4 bulan 10 hari - Hadith Muslim
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 18:18:51 GMT 7
Seseorang yang tiada dalam dadanya suatu pun (apa yang dihafaz) dari al-Quran samalah keadannya seperti sebuah rumah yang buruk lagi usang - Hadith Tirmizi
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 18:21:23 GMT 7
(Bacalah al-Quran) dan jangan jadikan rumah kamu seperti kubur. Tidak dimasuki syaitan rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqorah - Hadith Tirmizi
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 8, 2009 8:10:12 GMT 7
Hendaklah menjadi imam orang yang paling banyak menghafaz al-Quran atau paling baik (tajwid) bacaanya di kalangan kamu- Hadith Ahmad
|
|
|
Post by zainaljiee on Apr 10, 2009 23:24:12 GMT 7
Amanah Menguruskan Dunia
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya dunia adalah manis dan indah. Allah telah menjadikan kamu khalifah di dunia. Lalu, allah melihat bagaimana kamu beramal." (Riwayat Muslim)
-dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan, Telaga Biru.
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 15, 2009 19:30:59 GMT 7
Sembahlah Allah seolah-olah kamu melihatNya (merasa kehadiranNya). Walaupun kamu tidak melihatNya, yakinlah bahawa Allah melihat kamu. - Hadith Muslim
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 15, 2009 19:34:28 GMT 7
Islam dibina atas 5 perkara: 1. Mengucap 2 Kalimah Syahadah, 2. Medirikan Solat, 3. Menunaikan Zakat, 4. Mengerjakan Haji 5. Puasa Bulan Ramadhan -Hadith Muslim
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 15, 2009 19:36:43 GMT 7
Diantara kamu ada yang beramalan jahat hingga hampir masuk neraka, kemudian datang Ketentuan Allah, maka dia beramal baik dan masuk syurga - Hadith Bukhari
|
|
|
Post by gengcombat on May 10, 2009 19:42:40 GMT 7
Perkara Halal yang paling dibenci di sisi Allah (walaupun boleh dibuat), ialahmenjatuhkan Talaq (kepada isteri). -Abu Daud
|
|
|
Post by gengcombat on May 10, 2009 19:44:26 GMT 7
Ketahuilah bahawa kemuliaan mukmin itu pada mendirikan ibadah ditengah malam dan kebesaran mukmin itu pada tidak berhajat ia kepada orang lain - Baihaqi
|
|