|
Post by gengcombat on Mar 31, 2009 20:58:20 GMT 7
Tidak harus Dengki kecuali 2 perkara, pada orang yang banyak menafkahkan hartanya kepada kebaikan dan pada orang berilmu yang beramal dan mengajarkannya - Hadith Bukhari
|
|
|
Post by yongn35 on Apr 1, 2009 8:01:48 GMT 7
Dari Mahmud bin Labaith (r.a) meriwayatkan Nabi (s.a.w) bersabda : Dua benda yang mana tidak disukai oleh manusia, pertama ialah 'maut' sedangkan maut itu lebih baik dari fitnah. (kerana dengan kematian manusia akan terhindar dari fitnah yang boleh merosakkan agama). Kedua ialah kurangnya harta, sedangkan dengan kurangnya harta sedikitlah penghisabannya dihari akhirat kelak. H.R Musnad Ahmad, Majma uz-Zawaaid
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Apr 1, 2009 12:16:17 GMT 7
Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam
HR. Muslim
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 1, 2009 19:52:11 GMT 7
Nabi ditanya: Bilakah Kiamat? Jawab Nabi : Bila Amanah dipersia-siakan. Bagaimana? Jawab Nabi : Bila diserahkan tanggungjawab kepada yang bukan ahli tunggulah kiamat - Hadith Bukhari
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 1, 2009 20:14:21 GMT 7
Kata Ummu Atiyah, wanita yang berkabung kerana kematian suami itu 4 bulan 10 hari, dilarang bercelak, berwangian, berpakaian warna dan bercorak - Hadith Muslim
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 1, 2009 20:21:32 GMT 7
Banyakkanlah selawat sempena bulan keLahiran, kaBangkitan, pengHijrahan dan keWafatan junjungan besar kita s.a.w..Allahumma Solli ala Muhammad
|
|
|
Post by aziq_amSyAr on Apr 2, 2009 10:28:47 GMT 7
amalan mesti ada kat dalam hati seseorang.... buatlah amalan yang terbaik dari sebaik-baiknya....
he he! ;D
|
|
|
Post by ibnuhisyam on Apr 4, 2009 6:14:25 GMT 7
amalan mesti ada kat dalam hati seseorang.... buatlah amalan yang terbaik dari sebaik-baiknya.... he he! ;D Adik Aziq, tok hadis kah?
|
|
|
Post by aziq_amSyAr on Apr 4, 2009 10:39:40 GMT 7
ya pandangan mek jak.... mun salah boleh tolong tegurkan....
|
|
|
Post by dayangnoorasmah on Apr 4, 2009 17:05:17 GMT 7
kacak pandangan ktk ya ;D
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 12:03:44 GMT 7
Nabi saw ditanya tentang puasa Isnin, Jawab Nabi: Itulah hari aku dilahirkan dan aku dibangkitkan menjadi Rasul - Hadith Muslim (dan pada hari Isnin juga nabi wafat).
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 13:28:24 GMT 7
Sesiapa yang berselawat keatasku(Rasulullah) sekali, Allah akan berselawat (memberi rahmat) kepadanya 10 kali dan ditulis baginya 10 kebaikan - Hadith Tirmizi
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 15:27:38 GMT 7
Seorang yang mahir membaca al-Quran, malaikat akan mengiringi bacaanya. Orang yang terangkak-rangkak membaca al-Quran tetap mendapat dua pahala. - Hadith Muslim
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 15:29:57 GMT 7
Islam mengangkat darjat wanita setaraf dengan lelaki, Islam melebihkan lelaki pada suatu hak tetapi melebihkan wanita pada hak yang lain pula. - Hasan alBana
|
|
|
Post by gengcombat on Apr 5, 2009 17:56:54 GMT 7
Sebaik-baik wanita itu wanita Ansor keras sifat malu tidak menghalang mereka memahami agama (untuk bertanya hal-hal wanita kepada Rasulullah). Hadith Ibnu Majah
|
|